Wanita didenda S$10,000 tawar khidmat 'cairkan lemak' tanpa lesen perubatan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang pentadbir sambilan memutuskan untuk menawarkan suntikan bagi "mencairkan lemak" semata-mata untuk menjana pendapatan tambahan.
Ini dilakukan dengan mengiklankan khidmatnya secara online sekalipun dia bukan seorang pengamal perubatan berdaftar.
Cheryl Ng Mui Hong, 43 tahun, mendapatkan serum suntikan tanpa memastikan sama ada ia sudah didaftarkan terlebih dahulu atau sudah diluluskan di Singapura.
Dia juga membeli jarum suntikan secara online tanpa menentukan sama ada ia sudah disterilkan dengan betul.
Ng didenda S$10,000 pada Rabu (22 Jun) selepas mengaku bersalah atas lima tuduhan melakukan perbuatan terburu-buru yang membahayakan keselamatan diri lima wanita yang disuntiknya.
Lagi enam tuduhan serupa turut diambil kira semasa menjatuhkan hukuman.
Mahkamah diberitahu bahawa pada Mac 2020, Ng mula menawarkan suntikan bagi "mencairkan lemak" dan khidmat kecantikan yang lain melalui akaun Instagramnya, ZQ.aesthetic.
Ng mendakwa bahawa semasa dia belajar tentang khidmat mengurut di Malaysia pada 2019, dia menghadiri kursus selama lima hari di mana dia belajar tentang suntikan sedemikian.
Sijil yang dimilikinya itu tidak diiktiraf di Singapura.
Dokumen-dokumen mahkamah menunjukkan bahawa suntikan bagi "mencairkan lemak" berkemungkinan menyebabkan lebam dan parut.
"Jika risiko-risiko tersebut tidak ditangani dengan betul pada masa itu, ia boleh menyebabkan ketidakselesaan dan pendarahan".
Serum suntikan yang digunakan oleh Ng juga berisiko menimbulkan kesan alahan.
Siasatan terhadap Ng dilancarkan selepas pihak berkuasa menerima aduan mengenai khidmat "mencairkan lemak" yang ditawarkan melalui akaun Instagramnya.
Timbalan Pendakwa Raya Marcus Foo mengusulkan denda sebanyak S$12,000 sambil berhujah bahawa Ng tidak dilatih dari segi perubatan dan terdorong oleh keuntungan dan dia tidak menghentikan operasi perniagaannya sehinggalah dia ditangkap walaupun dia tahu tindakannya salah.
Hukuman bagi kesalahan melakukan perbuatan terburu-buru yang membahayakan keselamatan diri orang lain adalah hukuman penjara sehingga enam bulan, denda sehingga S$2,500 atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.