Wanita didenda lebih S$2,000 kerana isytihar langsir, bidai kurang nilai sebenar
Seorang wanita didenda S$2,055 kerana gagal mengisytiharkan nilai tepat langsir dan bidai di sebuah pusat pemeriksaan darat.

Gambar hiasan.
SINGAPURA: Seorang wanita didenda S$2,055 kerana gagal mengisytiharkan nilai tepat langsir dan bidai di sebuah pusat pemeriksaan darat.
Dia didapati mengisytiharkan nilai 3 set langsir dan 1 set bidai separuh daripada harga sebenar.
Menurut Kastam Singapura, langsir dan bidai adalah antara barangan rumah yang biasa diisytihar kurang daripada nilai sebenar bagi bayaran GST di pusat-pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas.
Agensi itu menyatakan, mereka yang memasuki Singapura mempunyai tanggungjawab untuk mengisytiharkan kesemua barangan yang boleh dikenakan cukai secara tepat dan lengkap.
Mereka yang gagal membuat pengisytiharan atau membuat pengisytiharan tidak tepat mengenai nilai barangan dikenakan cukai, boleh didenda sehingga 10 kali ganda nilai GST yang dielak, atau didakwa di mahkamah.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.