Skip to main content

Singapura

Wanita didenda kerana ternak kucing untuk dijual tanpa lesen

Seorang wanita 69 tahun didenda S$5,000 pada Rabu (9 Jan) kerana menternak kucing untuk dijual tanpa memiliki lesen pusat penternakan haiwan peliharaan, menurut Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA).

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita didenda kerana ternak kucing untuk dijual tanpa lesen

Bayang seekor kucing (Gambar hiasan: AFP)

Diterbitkan : 09 Jan 2019 09:39PM Dikemas Kini : 09 Jan 2019 09:47PM

SINGAPURA: Seorang wanita 69 tahun didenda S$5,000 pada Rabu (9 Jan) kerana menternak kucing untuk dijual tanpa memiliki lesen pusat penternakan haiwan peliharaan, menurut Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA).

Rumah Lo Pia Yong diperiksa para pegawai AVA selepas pihak berkuasa mendapat aduan Jun lalu berkenaan kebajikan kucing-kucing yang dibelanya.

Sebanyak 70 kucing yang disimpan dalam sangkar-sangkar ditemui di rumahnya di One Tree Hill dekat Grange Road.

"Siasatan tidak menimbulkan keprihatinan berhubung kebajikan kucing-kucing tersebut," menurut AVA.

"Namun pihak kami mendapati Lo menggunakan kediamannya untuk menternak kucing bagi tujuan penjualan komersil, tanpa lesen pusat ternakan haiwan peliharaan."

Sesiapa yang didapati bersalah mengendalikan tempat ternakan haiwan peliharaan tanpa lesen boleh dipenjara sehingga 12 bulan dan didenda sehingga S$10,000.

AVA menggesa orang awam untuk melaporkan sebarang kes penternakan haiwan peliharaan secara haram di talian hotline 24 jam 1800-576-1600 atau menerusi laman AVA.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita