Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wanita didenda kerana berkumpul di Pulau Sekijang Pelepah sewaktu penularan COVID-19

Luong mengaku bersalah kepada satu dakwaan berhimpun dengan individu lain di luar rumah tanpa permit. 

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita didenda kerana berkumpul di Pulau Sekijang Pelepah sewaktu penularan COVID-19

Sekumpulan individu hadapi tindakan undang-undang kerana adakan perhimpunanbesar di Pulau Sekijang Pelepah semasa COVID-19 (Gambar: Facebook/San Kee Lim)

Diterbitkan : 11 Dec 2020 02:32PM Dikemas Kini : 11 Dec 2020 02:33PM

SINGAPURA: Seorang wanita didenda $3,000 pada Jumaat (11 Dis) kerana bertemu dengan 11 orang lain bagi satu perhimpunan sosial di Pulau Sekijang Pelepah ketika kumpulan-kumpulan besar sedemikian dilarang semasa pandemik COVID-19.

Tempoh sah permit kemasukan semula warga Vietnam Luong Thi Thu Ha, 31, juga akan disingkatkan apabila dia memperbaharui pasnya pada masa akan datang, menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dalam satu kenyataan selepas hukuman dijatuhkan.

Dalam pengumuman yang sama, ICA menambah, status penduduk tetap akan diteliti semula bagi mereka yang pernah didapati melakukan kesalahan.

Luong mengaku bersalah kepada satu dakwaan berhimpun dengan individu lain di luar rumah tanpa permit.

Dia adalah individu kelapan daripada kumpulan 12 orang tersebut yang mengaku bersalah.

Mereka yang sudah dijatuhi hukuman dikenakan denda yang sama. Mereka ialah warga Britain William Edwin Dunford, 32, Richard Henri Lagesse, 31, Lowri Mair Jeffs, 31, Zoe Loiuise Cronk, 30, Jeff Richard Alexander, 32, Paul Jonathan Gold, 32 dan rakyat Singapura, Natalie Joanna Sarkies, 29. 

Sumber : CNA/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan