Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wanita didenda, import produk makanan seberat 180kg secara haram

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Pelbagai produk daging dan produk makanan yang diproses seberat hampir 180 kilogram ditemui para pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) setelah kejanggalan dikesan sewaktu imbasan dilakukan ke atas sebuah kotak pada 27 Januari 2022. 

Warga China, Mei Hua, pada Isnin (8 Mei) didenda S$12,000 kerana mengimport produk daging seberat 101.45 kilogram dan produk makanan diproses seberat 73.65 kilogram secara haram, menyusuli siasatan Agensi Makanan Singapura (SFA). 

Produk itu termasuk darah itik, darah babi, 'pancake' dan biji bunga matahari, menurut SFA dalam satu kenyataan media. 

Pelbagai produk daging itu diimport tanpa permit yang sah, manakala produk makanan diproses itu tidak diisytiharkan, tambahnya. 

Konsainan haram itu sudahpun dirampas dan dimusnahkan, menurut SFA.

Agensi itu menarik perhatian, import makanan ke Singapura dikehendaki memenuhi syarat-syaratnya. 

Produk makanan yang diimport secara haram daripada sumber-sumber tidak dikehetahui membawa risiko keselamatan makanan, tambahnya. 

"Makanan hanya boleh diimport oleh pengimport berlesen dan setiap konsainan perlu diisytiharkan dan disertakan permit import yang sah," menurut SFA. 

Produk daging hanya boleh diimport dari sumber-sumber yang diiktiraf di negara-negara diluluskan dan mematuhi piawaian dan syarat keselamatan makanan kami, tambah agensi tersebut. 

Sesiapa saja yang didapati bersalah mengimport produk daging secara haram dari sumber-sumber yang tidak dibenarkan boleh dikenakan denda S$50,000, hukuman penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali. 

Jika didapati bersalah mengimport makanan diproses secara salah dari segi undang-undang, individu itu boleh didenda S$1,000.

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan