Wanita didenda gagal isytihar wang tunai hampir S$150,000 di Lapangan Terbang Changi
Seorang wanita berusia 54 tahun didenda pada Khamis (13 Feb) setelah dia cuba meninggalkan Singapura tanpa mengisytiharkan wang tunai sebanyak S$149,000 kepada pihak berkuasa di Lapangan Terbang Changi.

Terminal 4 Lapangan Terbang Changi. (Gambar fail: Edgar Su/Reuters)
SINGAPURA: Seorang wanita berusia 54 tahun didenda pada Khamis (13 Feb) setelah dia cuba meninggalkan Singapura tanpa mengisytiharkan wang tunai sebanyak S$149,000 kepada pihak berkuasa di Lapangan Terbang Changi.
Polis menyatakan mereka dimaklumkan pada 20 Jun 2018 tentang seorang wanita yang membawa wang tunai melebihi S$20,000 di Terminal 1 Lapangan Terbang Changi.
"Siasatan mendedahkan Nguyen Thi Dau membawa S$149,000 apabila dia cuba meninggalkan Singapura dan gagal untuk memberikan laporan kepada pegawai berkuasa mengenai aliran wang tunai itu," menurut polis.
Nguyen Thi Dau disabit dengan kesalahan dan dikenakan denda S$3,000 atas kegagalan melaporkan aliran wang tunai rentas sempadan.
Peraturan berkanun menetapkan bahawa aliran fizikal sebarang wang tunai melebihi S$20,000 atau nilai setara dalam matawang asing, ke dalam atau luar Singapura perlu diisytiharkan.
Mereka yang gagal berbuat demikian boleh didenda sehingga S$50,000, dipenjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.