Skip to main content

Singapura

Wanita didenda A$2,664, bawa sandwic Subway pulang ke Australia

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang wanita warga Australia berkongsi peri pentingnya memeriksa dan mengisi borang pengisytiharan imigresen dengan betul selepas beliau didenda kerana tidak mengisytiharkan bahan dalam sandwic Subway beliau.

Dengan tidak berbuat demikian, wanita itu melanggar undang-undang biokeselamatan yang ketat di Australia.

"Anda tahu tak, saya baru sahaja membayar A$2,600 (S$2,535) gara-gara membawa sandwic Subway pulang dari Singapura,"kata Jessica Lee dalam hantaran TikTok yang dimuat naik pada 1 Jul.

Cik Lee pulang ke Perth selepas melancong ke Eropah dengan singgah sebentar di Singapura.

Beliau mengaku lalai hingga membuat kesilapan itu.

"Saya membeli sandwic Subway di Lapangan Terbang Changi kerana saya lapar selepas penerbangan 11 jam," tambahnya.

"Saya makan roti itu sebelum penerbangan kedua saya. Saya menyimpan sisa roti itu untuk penerbangan seterusnya."

Namun, apa yang beliau terlepas pandang ialah, selain mengisytiharkan dalam borang, barang yang dibawa dan bagasi, beliau juga perlu buat yang sama bagi roti yang dibawanya.

"Saya tidak mengisytiharkan ayam dan daun salad!"

Cik Lee kemudian memaparkan borang dengan notis pelanggaran yang menunjukkan dendan A$2,664 (S$2,535).

"Saya sudah berhenti kerja sebelum melakukan perjalanan ini dan saya harus membayar sewa," katanya yang perlu membayar denda tersebut dalam tempoh 28 hari.

Jabatan Pertanian, Perikanan dan Perhutanan Australia mengeluarkan denda kepada pelawat yang melanggar Akta Biokeselamatan kerana gagal mengisytiharkan atau membuat pengisytiharan palsu mengenai barangan larangan.

"Semua syarikat penerbangan memainkan mesej biokeselamatan wajib (video/audio) dalam penerbangan untuk
memaklumkan penumpang mengenai risiko biokeselamatan serta keperluan untuk mengisytiharkan makanan dan bahan-bahan serta meninggalkan semua makanan di dalam pesawat,"menurut seorang jurucakapkepada agensi berita, news.com.au.

Mesej yang serupa juga tersedia di dewan ketibaan di lapangan terbang Australia.

Dalam hantaran TikTok yang berlainan pada 17 Jul, Cik Lee berkongsi bahawa pihak berkuasa terjumpa roti beliau kerana pasangannya ingin mengisytiharkan rokok cigar yang dibeli.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita