Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wanita didapati bersalah dera 2 amah di kediamannya di Sentosa Cove

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Seorang wanita didapati bersalah kerana mendera dua pembantu rumah di kediamannya di Sentosa Cove menyusuli perbicaraan selama dua tahun. 

Tan Lee Hoon, 58 tahun, pada Jumaat (9 Dis) didapati bersalah atas tujuh tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan pada dua warga Filipina: Cik Lizardo Joan Lozares, 35 tahun, dan Cik Jenefer Vegafria Arangote, 41 tahun. 

Tan dilepaskan daripada tuduhan kelapan, iaitu memukul badan Cik Lozares dengan kayu. 

Cik Lozares diambil bekerja oleh suami Tan, Encik Sim Guan Huat, pada Oktober 2015 dan Cik Arangote pula pada Ogos 2018 untuk bertugas bagi keluarga tersebut di rumah mereka di 24 Paradise Island di Sentosa. 

Tan mencubit lengan, perut, dada dan paha Cik Arangote. Dia juga memukul kepala Cik Lozares menggunakan tanggannya dan menendang bahagian dada pembantu rumah tersebut. 

Penderaan itu terbongkar pada Oktober 2018, apabila seorang lagi pembantu rumah memberitahu Kementerian Tenaga Manusia (MOM) bahawa Cik Arangote dipukul oleh majikannya. 

Semasa perbicaraan, Cik Arangote berkata, beliau tidur pada pukul 1.00 tengah hari atau 2.00 petang dan bangun tidur pada pukul 5.00 petang atau 6.00 petang setiap hari sepanjang tiga bulan beliau bekerja untuk Tan. 

Cik Arangote menambah, beliau mengikuti aturan pembantu rumah sebelumnya dan beliau dan pembantu-pembantu lain makan dua kali sehari sebelum tidur. Kadangkala, mereka hanya makan sekali jika terlalu sibuk. 

Tugas Cik Arangote termasuk membersihkan rumah, memasak, berkebun dan mengurut Tan setiap hari sehingga dia tertidur, kata Cik Arangote. Beliau kemudian akan bekerja sepanjang malam, tambahnya lagi. 

Cik Arangote dibahagikan tugas dengan sehingga tiga lagi pembantu rumah, termasuk Cik Lozares. 

Cik Arangote memberi keterangan bahawa Tan mencubitnya semasa diurut pada Oktober 2018, sebelum Cik Tan tidur. Cik Arangote berkata, Tan tidak puas hati dengan cara Cik Arangote mengurut. 

Menurut Cik Arangote, cubitan itu meninggalkan tanda-tanda lebam pada bahagian bahunya, yang diambil gambar oleh beliau. Beliau turut berkata, Tan mencubitnya beberapa kali atas pelbagai sebab. 

Tan akan dihadapkan semula ke mahkamah untuk dijatuhkan hukuman pada Januari tahun depan. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan