Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wanita didakwa subahat dengan kekasih bunuh suami di AS akan dihantar pulang dari SG

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita didakwa subahat dengan kekasih bunuh suami di AS akan dihantar pulang dari SG

(Gambar fail: CNA/Try Sutrisno Foo)

SINGAPURA: Mahkamah daerah membenarkan seorang wanita yang dikehendaki di Amerika Syarikat (AS) untuk dihantar pulang kerana didakwa bersubahat dengan kekasihnya untuk membunuh suaminya.

Faadak Sahar Osama A, seorang warganegara Arab Saudi, dikehendaki di AS kerana didakwa bersubahat dengan kekasihnya untuk membunuh suaminya. Terdapat cadangan bahawa pembunuhan itu bermotif kewangan dalam bentuk pembayaran insurans, menurut afidavit daripada seorang detektif AS.

Fadaak ditahan di Singapura pada 25 September 2022 dan direman, menurut satu penghakiman yang dikeluarkan pada Selasa (17 Jan).

Dia dikehendaki di AS atas satu tuduhan pembunuhan darjah pertama dan satu tuduhan bersubahat untuk melakukan pembunuhan darjah pertama.

Suami Faadak, Encik Darwin Garcia Franco, meninggal dunia sekitar 31 Mei 2019 di Kirkland, Washington.

Dua suspek dalam kes tersebut adalah Faadak dan kekasihnya, Saif Al Obaidi.

Fadaak menetap bersama suami dan anak kecil mereka di sebuah rumah dua tingkat di Kirkland, Washington.

Suaminya dibunuh pada 31 Mei 2019 sekitar pukul 2.00 pagi di rumahnya. Tiada tanda-tanda bahawa rumah itu dimasuk secara paksa. Para detektif AS percaya bahawa Al Obaidi memasuki rumah itu dan menyerang mangsa ketika beliau sedang bersendirian dan tidur, dengan menikamnya kira-kira 30 kali.

Penduduk yang tinggal di tingkat bawah cuba menyiasat keadaan. Salah seorang daripadanya ternampak Al Obaidi menyerang mangsa dan cuba untuk campur tangan. Al Obaidi kemudian menyerang penduduk berkenaan dan beliau melarikan diri dengan 18 luka akibat tikaman.

Pada 22 Mei 2019, Fadaak dikatakan mula mencari polisi insurans hayat yang akan membayarnya jumlah maksimum sekiranya suaminya meninggal dunia.

Pada 28 Mei 2019, Fadaak menyerahkan permohonan bagi polisi yang menawarkan manfaat seumur hidup berjumlah S$250,000 dan menyenaraikan dirinya serta anaknya sebagai benefisiari sekiranya suaminya meninggal dunia.

Fadaak membuat pertanyaan berhubung polisi insurans hayat mengenai suaminya, walaupun dia memberitahu penyiasat bahawa dia merancang untuk meninggalkan suaminya dalam satu siasatan yang tiada kaitan bersama Perkhidmatan Perlindungan Kanak-Kanak.

Fadaak diberitahu pada 29 Mei 2019 bahawa suaminya tidak boleh menerima perlindungan insurans kerana tidak memegang kerakyatan AS.

Selepas Fadaak diberkas di Singapura, pihak AS menyerahkan satu permohonan rasmi meminta supaya dia dihantar pulang. Fadaak menghadap mahkamah daerah pada 21 Disember tahun lalu.

Pemerintah AS mengemukakan bukti untuk menyokong permohonan supaya Fadaak dihantar pulang sementara menanti arahan Menteri Undang-Undang agar Fadaak diserahkan kepada AS.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan