Wanita didakwa sembur air terhadap penumpang MRT lain, direman di IMH
Seorang wanita berusia 37 tahun didakwa pada Rabu (28 Jan) kerana menyembur air terhadap seorang individu dalam MRT, selepas rakaman video yang menunjukkan beliau minum air daripada sebuah botol lalu menyemburkannya terhadap penumpang lain menjadi tular.
Anggaran Waktu Membaca:
Petikan skrin rakaman video wanita yang sembur air dalam MRT. (Gambar: Instagram/summeryeow0573)
SINGAPURA: Seorang wanita berusia 37 tahun didakwa pada Rabu (28 Jan) kerana menyembur air terhadap seorang individu dalam MRT, selepas rakaman video yang menunjukkan beliau minum air daripada sebuah botol lalu menyemburkannya terhadap penumpang lain menjadi tular.
Rakyat Singapura, Sabrina Han Meizhen, dikenakan satu tuduhan mengganggu ketenteraman awam.
Dia dituduh menyembur air terhadap seorang individu bernama Ng Siew Hiang, serta menyembur air ketika menaiki MRT di stesen MRT Choa Chu Kang.
Kejadian itu berlaku pada kira-kira pukul 8.00 pagi pada 16 Januari, dan perbuatannya didakwa mengganggu mangsa serta orang awam.
Han direman dan hadir di mahkamah menerusi persidangan video. Dia dilihat memakai pakaian serupa dengan dalam video tersebut dan memakai pelitup.
Pihak pendakwa memohon supaya dia direman di Institut Kesihatan Mental (IMH) bagi pemeriksaan psikiatri.
Hakim mengarahkan supaya dia direman di IMH selama dua minggu.
Han menganggukkan kepalanya bagi menunjukkan bahawa dia memahami dan bertanya jika dia boleh dilepaskan dengan ikat jamin.
"Bukan untuk sementara waktu," kata hakim. "Selepas dua minggu kita akan meneliti semula situasi."
"Oh, dua minggu," kata Han.
"Saya ingin katakan bahawa saya berasa menyesal dan akan mengawal serangan cemas yang dialami dan tidak akan melakukannya lagi."
Dalam rakaman video yang dimuat naik ke Instagram yang bertajuk "Wanita bantu bersihkan MRT", Han kelihatan minum air daripada sebuah botol sambil berdiri atas lantai yang basah.
Para penumpang lain kelihatan berkumpul di satu bahagian kabin MRT, sedang Han berkali-kali menyembur air terhadap orang lain.
Pada satu ketika, seorang wanita bergelut dengannya, di mana beliau kelihatan cuba merampas botol itu daripada Han.
Jika disabit kesalahan menganggu ketenteraman awam, Han boleh didenda sehingga S$2,000.
Jika dia menyedari bahawa perbuatannya itu akan menimbulkan rasa marah orang awam, atau dia merupakan pesalah berulang, Han boleh dipenjara sehingga tiga bulan, didenda sehingga S$2,000 atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.