Skip to main content

Singapura

Wanita didakwa palsukan surat dari PMO untuk dapatkan duit daripada Kastam dan HDB

Anggaran Waktu Membaca:
 Wanita didakwa palsukan surat dari PMO untuk dapatkan duit daripada Kastam dan HDB

Istana di mana terletaknya Pejabat Perdana Menteri. (Gambar fail)

Diterbitkan : 29 Sep 2023 12:10PM
SINGAPURA: Seorang wanita berusia 55 tahun didakwa hari ini (29 Sep) atas dua pertuduhan memalsukan dokumen yang kononnya dari Pejabat Perdana Menteri (PMO), untuk mendapatkan duit daripada agensi-agensi pemerintah.

Toh Siew Hoon Margaret, rakyat Singapura, dituduh memalsukan surat bertarikh 16 Jun tahun ini dari PMO, meminta dipulangkan deposit yang dia bayar kepada Markas Operasi Kastam.

Dia juga dikatakan memalsukan sepucuk surat PMO bertarikh 17 Jun tahun ini, meminta dikembalikan duit berjumlah S$8,000 yang kononnya dia bayar kepada Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).

Menurut polis dalam satu kenyataan pihaknya menerima laporan daripada Kastam Singapura pada 22 Jun, setelah seorang pegawai siasatan Kastam menerima kiriman e-mel Toh.

E-mel itu mengndungi surat yang dikatakan disiapkan oleh PMO, menuntut agar perkara tersebut disegerakan tanpa sebarang kelengahan, menurut polis.

Pemeriksaan yang dilakukan bersama PMO kemudian mendedahkan bahawa surat itu dipalsukan.

Polis mengenal pasti identiti wanita berkenaan dalam satu siasatan susulan dan memberkas wanita itu pada 27 Jun.

Siasatan awal mendapati dia juga dipercayai memalsukan surat yang satu lagi dan mengirimkannya kepada HDB, meminta bayaran balik "tanpa sebarang kelengahan" bagi wang yang dia bayar semasa membuat bidaan bagi dua kedai minimart.

Toh bagaimanapun tidak menyatakan sama ada dia akan mengaku bersalah atau menuntut dibicarakan.

Jika sabit kesalahan memalsukan dokumen, dia berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan dikenakan denda.
Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita