Wanita didakwa kerana hempas bayi 2 bulan ke katil; cederakan tempurung kepala mangsa
Dia dipercayai melakukan demikian meskipun sedar bahawa tindakannya itu berkemungkinan akan menyebabkan kecederaan teruk pada bayi tersebut.
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar hiasan katil bayi. (Gambar: iStock)
SINGAPURA: Seorang wanita dituduh menyebabkan kecederan teruk pada seorang bayi dengan menjatuhkannya ke dalam katil bayi secara paksa.
Wanita berusia 29 tahun itu didakwa pada Sabtu (14 Jan) atas satu tuduhan menyebabkan kecederaan teruk.
Warga Singapura itu dituduh menghempas bayi perempuan berusia dua bulan ke dalam katil bayi secara paksa pada malam 8 Januari lalu.
Dia dipercayai melakukan demikian meskipun sedar bahawa tindakannya itu berkemungkinan akan menyebabkan kecederaan teruk pada bayi tersebut.
Menurut kertas pertuduhan, bayi itu mengalami keretakan tempurung kepala.
Arahan mahkamah dikeluarkan untuk melarang penerbitan sebarang butiran yang boleh mendedahkan identiti mangsa dan tertuduh untuk dikenal pasti.
Wanita berusia 29 tahun itu direman Institut Kesihatan Mental (IMH) untuk pemeriksaan perubatan.
Dia akan kembali ke mahkamah pada 27 Januari.
Jika didapati bersalah menyebabkan kecederaan teruk secara sengaja, dia boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan didenda. Memandangkan tertuduh seorang wanita, dia tidak boleh disebat

Sumber : CNA/FZ/fz
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.