Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wanita didakwa jumpa lelaki 10 kali semasa 'circuit breaker' untuk tujuan sosial

Seorang wanita berusia 22 tahun didakwa pada Khamis (29 Apr) kerana meninggalkan rumahnya sebanyak 10 kali semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan COVID-19 untuk bertemu dengan seorang lelaki atas tujuan sosial.

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita didakwa jumpa lelaki 10 kali semasa 'circuit breaker' untuk tujuan sosial

(Gambar fail: Mediacorp)

Diterbitkan : 30 Apr 2021 01:29AM Dikemas Kini : 30 Apr 2021 01:35AM

SINGAPURA: Seorang wanita berusia 22 tahun didakwa pada Khamis (29 Apr) kerana meninggalkan rumahnya sebanyak 10 kali semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan COVID-19 untuk bertemu dengan seorang lelaki atas tujuan sosial.

May Moe Kyi, seorang penduduk tetap Singapura, menghadapi 20 tuduhan di bawah Akta Covid-19 (Langkah Sementara) 2020. 10 daripadanya adalah kerana meninggalkan rumahnya tanpa tujuan yang munasabah dan selebihnya adalah untuk bertemu dengan seseorang yang tidak tinggal serumah dengannya.

Dia didakwa melakukan demikian antara 7 April tahun lalu, yang merupakan hari pertama tempoh pemutus rantaian jangkitan, dengan 26 April.

Semasa tempoh tersebut yang berakhir pada 1 Jun, orang ramai tidak dibenarkan keluar dari rumah mereka kecuali untuk tujuan penting seperti membeli bahan makanan, sebagai sebahagian usaha membendung penularan COVID-19.

Menurut dokumen mahkamah, May meninggalkan rumahnya di Chua Chu Kang dan bertemu dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Encik Ferris Frederick Francis.

Pada lapan daripada kesempatan tersebut, dia dituduh bertemu dengan Encik Francis di "tangga dan kawasan" luar sebuah blok flat di Bukit Batok Street 24, di mana mereka melakukan senaman kardiovaskular.

Pada dua kesempatan lain, dia ke flat yang sama untuk bermain permainan dan menonton filem dengan lelaki itu.

Dokumen mahkamah tidak mendedahkan bagaimana mereka mengenali antara satu sama lain atau sama ada Encik Francis juga sudah didakwa.

May tidak membuat rayuan pada Khamis dan akan dihadapkan lagi ke mahkamah apda 27 Mei.

Atas setiap dakwaan, wanita itu boleh didenda tidak melebihi S$10,000 atau dipenjara sehingga enam bulan, atau dikenakan kedua-dua hukuman. Pesalah bentan boleh didenda sehingga S$20,000 atau dipenjara sehingga setahun, atau kedua-duanya sekali.

Sumber : Today/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan