Wanita didakwa guna sijil kematian palsu untuk minta cuti belas kasihan
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail: Jeremy Long/CNA
SINGAPURA: Seorang wanita didakwa di mahkamah pada Khamis (8 Ogos) kerana menggunakan sijil kematian palsu untuk mendapatkan cuti belas kasihan.
Warga China yang juga Penduduk Tetap (PR) Singapura, Su Qin dituduh memalsukan sijil perubatan untuk mendapatkan cuti sakit (MC).
Menurut kertas pertuduhan, Su menyerahkan sijil perubatan palsu yang tertera 'St Luke Hospital' kepada syarikatnya pada 1 April lalu.
Dokumen tersebut yang bertarikh 31 Mac dipercayai dipalsukan di sebuah flat di Bukit Batok Street 11.
Selain itu, dia juga dipercayai menghantar satu lagi sijil perubatan elektronik dari hospital yang sama bertarikh 5 April kepada syarikatnya pada 8 April lalu.
Dalam kedua-dua kejadian itu, Su dia dituduh berniat menipu wakil syarikatnya untuk diberikan cuti sakit.
Pada 15 April lalu, Su dipercayai menyerahkan sijil kematian palsu kepada satu lagi syarikat di mana dia bekerja.
Ini supaya dia boleh mendapatkan cuti belas kasihan.
Namun tidak jelas bagaimana muslihatnya terbongkar.
Menggunakan sijil kematian palsu dengan sengaja adalah satu kesalahan di bawah Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian.
Su telah diberikan tarikh untuk dia mengaku bersalah pada September dan ditawarkan ikat jamin sebanyak S$3,000.
Bagi kesalahan memalsukan dokumen tersebut, dia boleh dipenjara sehingga empat tahun, didenda atau kedua-duanya sekali.
Bagi kesalahan menggunakan sijil kematian palsu, dia boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun, didenda sehingga S$10,000 atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/HA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.