Wanita didakwa ganggu, lakukan antun seksual terhadap murid sekolah rendahnya
Seorang wanita didakwa pada Rabu (9 Julai) selepas dipercayai melakukan kesalahan seksual terhadap seorang kanak-kanak lelaki yang merupakan murid sekolah rendahnya dan mengganggunya.
(Gambar fail: TODAY)
SINGAPURA: Seorang wanita didakwa pada Rabu (9 Julai) selepas dipercayai melakukan kesalahan seksual terhadap seorang budak lelaki yang merupakan murid sekolah rendahnya dan mengganggunya.
Mahkamah mengeluarkan perintah yang menghalang identiti wanita warga Singapura berusia 34 tahun dan kanak-kanak lelaki itu didedahkan. Rekod mahkamah menunjukkan bahawa "tertuduh adalah guru sekolah rendah mangsa".
Wanita itu berdepan empat pertuduhan melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak bawah umur, melakukan perbuatan tidak senonoh dengan kanak-kanak, melakukan antun seksual dan mengganggu.
Dokumen mahkamah menyatakan bahawa dia memeluk kanak-kanak lelaki itu, menciumnya, duduk di pangkuannya dan menggesel tubuhnya pada budak berkenaan di dalam kereta di tempat letak kereta bertingkat antara 20 Februari 2019 dengan 8 Oktober 2019.
Dia juga didakwa melakukan perbuatan seks ke atas budak lelaki itu di tempat letak kereta bertingkat antara November 2019 dan Disember 2019 ketika budak berkenaan berusia 14 tahun.
Dia didakwa bertemu dengan budak lelaki itu sekurang-kurangnya dua kali pada tahun 2019 di tempat letak kereta bertingkat, dengan niat untuk "melakukan perbuatan tidak senonoh" dengannya.
Terdapat jurang beberapa tahun sehingga kesalahan wanita itu yang didakwa berlaku seterusnya, iaitu antara Oktober 2023 dan Mac 2024, menurut dokumen mahkamah. Dalam tempoh ini, dia dituduh mengganggu remaja lelaki itu dengan menghantar sekurang-kurangnya 18 e-mel yang tidak diingini kepadanya.
Ini walaupun remaja berkenaan sudah memberitahu wanita itu supaya berhenti menghubunginya.
Dia didakwa menyebabkan gangguan, kebimbangan dan tekanan ke remaja lelaki itu.
Wanita itu tidak menunjukkan sebarang petanda pada Rabu pengakuan yang akan dibuatnya. Kes itu ditangguhkan untuk sebutan lanjut pada Ogos.
Menjawab pertanyaan Mediacorp, Kementerian Pendidikan (MOE) berkata tertuduh sudah digantung tugas sejak Mac 2024 dan tidak lagi mengajar di mana-mana sekolah.
"MOE memandang serius salah laku kakitangannya dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap mereka yang gagal mematuhi piawaian kelakuan dan disiplin kami, termasuk pembuangan kerja. MOE akan meneruskan prosiding tatatertib selepas kes mahkamah selesai."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.