Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wanita didakwa dengan tuduhan bunuh anak kandung 11 tahun; bapa tiri turut bersubahat

Polis memberkas kedua-dua tertuduh iaitu ibu kandung mangsa dan bapa tiri mangsa menyusuli siasatan yang dijalankan.

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita didakwa dengan tuduhan bunuh anak kandung 11 tahun; bapa tiri turut bersubahat

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 12 Nov 2020 11:22AM Dikemas Kini : 12 Nov 2020 11:24AM

SINGAPURA: Seorang wanita didakwa di mahkamah hari ini (12 Nov) atas tuduhan membunuh anak perempuannya berusia 11 tahun dengan bapa tiri mangsa bertindak sebagai rakan subahat.

Pasangan itu, yang kedua-duanya berusia 26 tahun, dikenakan tuduhan membunuh dengan niat yang sama.

Mereka dituduh membunuh mangsa di sebuah blok Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) antara 6 hingga 10 November.

Kesemua pihak, termasuk lokasi di mana kesalahan dipercayai dilakukan, tidak boleh didedahkan atas arahan mahkamah bagi melindungi identiti mangsa.

Pihak pendakwa mengusulkan agar pasangan itu ditahan reman selama seminggu bagi menyelesaikan siasatan di samping melihat semula tempat kejadian untuk mendapatkan bukti.

Wanita itu berkata bahawa dia mempunyai hak penjagaan bersama untuk dua orang anak lelakinya bersama bekas suaminya dan salah seorang daripada mereka akan ke sekolah rendah tidak lama lagi.

Dia meminta diikat jamin untuk melunaskan yuran sekolah anaknya dan kemasukan ke pusat jagaan kanak-kanak serta menyerahkan dokumen-dokumen kepada bekas suaminya.

Hakim memberitahu wanita itu bahawa dia tidak akan dibebaskan dengan ikat jamin disebabkan oleh ciri-ciri kesalahan tersebut.

Bapa tiri itu juga memberitahu mahkamah bahawa dia ingin bertemu dengan anak lelakinya dan wanita itu pula mahu melihat anak-anak lelakinya.

Hakim memberitahu mereka berdua supaya membuat permintaan itu melalui pegawai siasatan mereka dan menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai bidang kuasa untuk memenuhi permintaan mereka.

Polis menyatakan dalam kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini bahawa pihaknya dimaklumkan mengenai satu kes kematian luar biasa sekitar 1.20 tengah hari pada Selasa lalu.

Mangsa dibawa ke Hospital Besar Ng Teng Fong dalam keadaan tidak sedar pada 11.00 pagi hari itu dan disahkan meninggal dunia pada 12.40 tengah hari.

Polis memberkas kedua-dua tertuduh iaitu ibu kandung mangsa dan bapa tiri mangsa menyusuli siasatan yang dijalankan.

Jika sabit kesalahan, pasangan itu boleh dikenakan hukuman mati. 

Sumber : CNA/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan