Wanita didakwa bunuh bapa di Sengkang
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang wanita 31 tahun didakwa di mahkamah pada Sabtu (5 Nov) kerana membunuh bapanya di sebuah flat di Sengkang pada Jumaat (4 Nov).
Tan Qiu Yan dikenakan satu tuduhan membunuh Tan Ah Bang, 67 tahun, di sebuah flat di tingkat 15 Blok 190A Rivervale Drive antara 8.00 malam pada 3 November dengan 5.25 pagi keesokan harinya.
Butiran bagaimana mangsa dibunuh tidak dinyatakan dalam kertas tuduhan.
Tan hadir di mahkamah menerusi pautan video di mana dia ditahan reman di Divisyen A.
Dia menggunakan baju berwarna merah dan pelitup biru, dan kemudian diminta bercakap dalam bahasa Mandarin.
Pihak pendakwa meminta Tan direman selama seminggu untuk siasatan lanjut dengan kebenaran untuk membawanya keluar ke tempat kejadian.
Hakim meluluskan permohonan itu.
Sebelum itu, polis dalam satu kenyataan menyatakan mereka menerima panggilan meminta bantuan di sebuah unit kediaman di Rivervale Drive pada kira-kira pukul 5.30 pagi Jumaat (4 Nov).
Para pegawai menemui seorang lelaki terbaring tidak bergerak di dalam flat berkenaan. Lelaki itu kemudian disahkan meninggal dunia oleh anggota paramedik di tempat kejadian.

Tan akan kembali ke mahkamah pada 11 November.
Jika didapati bersalah membunuh, Tan boleh dijatuhkan hukuman mati.

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.