Wanita didakwa atas kesalahan rosakkan harta benda awam di premis Salvation Army
Anggaran Waktu Membaca:
- Seorang wanita warga Australia didakwa pada Sabtu (27 Dis) atas kesalahan vandalisme selepas didakwa menyembur cat dengan apa yang disifatkan polis sebagai ungkapan yang “menyinggung perasaan” di premis The Salvation Army.
- Dianna Ong, 43 tahun, didakwa melakukan kesalahan itu pada pukul 6.35 pagi pada Hari Krismas di Praisehaven – The Salvation Army yang terletak di Upper Bukit Timah.
- Ong, seorang warga Australia berketurunan Cina, ditahan pada hari yang sama.
- Jika sabit kesalahan, Ong boleh didenda sehingga S$2,000 atau dipenjara sehingga tiga tahun.
SINGAPURA: Seorang wanita warga Australia didakwa pada Sabtu (27 Dis) atas kesalahan vandalisme selepas didakwa menyembur cat dengan apa yang disifatkan polis sebagai ungkapan yang “menyinggung perasaan” di premis The Salvation Army.
Dianna Ong, 43 tahun, didakwa melakukan kesalahan itu pada pukul 6.35 pagi pada Hari Krismas di Praisehaven – The Salvation Army yang terletak di Upper Bukit Timah.
Polis berkata pihaknya menerima panggilan meminta bantuan pada kira-kira pukulr 9.15 pagi pada hari yang sama.
Anggota polis mendapati “ungkapan yang menyinggung perasaan” diconteng pada premis berkenaan serta pada harta milik badan kebajikan Kristian itu, termasuk dinding bangunan dan tiga buah van.
Polis menegaskan mereka “memandang serius perbuatan yang mengancam keharmonian kaum dan agama di Singapura”.
Ong, seorang warga Australia berketurunan Cina, ditahan pada hari yang sama.
Dia akan direman di Institut Kesihatan Mental (IMH) untuk pemeriksaan perubatan dan kesnya akan disebut semula pada 9 Januari.
Jika sabit kesalahan, Ong boleh didenda sehingga S$2,000 atau dipenjara sehingga tiga tahun.
Pesalah juga boleh dikenakan antara tiga hingga lapan sebatan, namun wanita tidak tertakluk kepada hukuman sebat di bawah undang-undang.

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.