Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wanita diberkas setelah dirakam jerit, ludah kakitangan KFC di cawangan NEX

Seorang wanita yang dirakam menjerit dan meludah ke arah seorang kakitangan KFC di pusat beli belah NEX sudah ditangkap.

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita diberkas setelah dirakam jerit, ludah kakitangan KFC di cawangan NEX

Petikan dari video kejadian.

Diterbitkan : 25 Apr 2020 08:08PM Dikemas Kini : 25 Apr 2020 08:09PM

SINGAPURA: Seorang wanita yang dirakam menjerit dan meludah ke arah seorang kakitangan KFC di pusat beli belah NEX sudah ditangkap.

Dalam kenyataan media pada Sabtu (25 Apr), polis menyatakan pihaknya memberkas seorang wanita berusia 42 tahun kerana menyebabkan gangguan awam.

Polis menyatakan mereka menjawab panggilan bantuan di cawangan makanan segera berkenaan pada Rabu (22 Apr) pada kira-kira pukul 12:30 tengah hari.

"Siasatan mendedahkan wanita itu bertengkar dengan seorang kakitangan cawangan KFC berkenaan apabila disuruh menunggu bagi pesanannya," menurut polis.

Tidak berpuas hati dengan penantian itu, wanita itu menjerit dan meludah kakitangan berkenaan. Apabila polis tiba di tempat kejadian, wanita itu telahpun meninggalkan tempat itu.

Identitinya dikenal pasti menerusi siasatan susulan dan dia ditangkap pada Jumaat.

Polis menambah ia sedang melihat kepada "kemungkinan langkah pemutus rantaian jangkitan COVID-19 dilanggar" oleh wanita itu.

Pada Khamis, KFC menyatakan kakitangan itu "tidak bertugas dan sedang berehat". Cawangan itu juga dibersihkan secara menyeluruh dengan segera selepas kejadian itu berlaku.

Jika didapati bersalah menyebabkan gangguan awam, wanita itu boleh dikenakan denda hingga S$2,000.

"Jika pesalah itu tahu perbuatannya akan menyebabkan atau mungkin menyebabkan kecederaan awam, bahawa atau gangguan kepada awam, atau orang ramai secara khususnya yang tinggal atau menduduki dalam hartanah di kawasan itu, kesalahan itu membawa hukuman penjara hingga tiga bulan, atau denda hingga S$2,000 atau kedua-duanya sekali," tambah polis.

Polis mengingatkan orang ramai bahawa "semua orang harus memainkan peranan mereka dengan melaksanakan tanggungjawab sosial, menjaga kebersihan peribadi, dan bertimbang rasa terhadap orang lain".

Ini terutama sekali kepada kakitangan perkhidmatan "yang terus berkhidmat dan melakukan yang terbaik semasa tempoh sukar ini", menurut polis.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan