Wanita diberkas kerana simbah cecair dipercayai arak pada pegawai polis semasa ZoukOut
Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Seorang wanita berusia 32 tahun diberkas kerana dipercayai menggunakan kekerasan untuk menghalang para pegawai polis daripada menjalankan tugas di acara ZoukOut baru-baru ini, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Khamis (22 Dis).
Pada 4 Disember, polis dimaklumkan mengenai pentas VIP yang terbenam ketika acara ZoukOut diadakan di Pantai Siloso, Sentosa.
Sedang para pegawai polis menjalankan tugas untuk membantu memindahkan para peserta, mereka dipercayai disimbah dengan "cecair tidak diketahui yang dipercayai adalah arak", menurut polis.
Berdasarkan siasatan yang dijalankan dan gambar-gambar yang diperolehi melalui dron polis yang digunakan di acara tersebut serta kamera yang dipasang pada uniform para pegawai polis, Divisyen Polis Clementi berhasil mengenal pasti identiti wanita yang menyimbah cecair itu.
Dia diberkas pada 7 Disember atas tuduhan "menggunakan kekerasan untuk menghalang para pegawai awam daripada menjalankan tugas mereka", menurut polis.
Siasatan masih dijalankan.
Jika sabit kesalahan, wanita itu boleh dihukum penjara sehingga empat tahun, didenda atau kedua-duanya sekali.
"Polis tidak akan bertolak ansur terhadap tindakan ganas terhadap para pegawai polis atau pegawai awam yang sedang menjalankan tugas mereka," menurut kenyataan media itu.
"Polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa saja yang membahayakan keselamatan orang ramai dan pegawai polis."
"Orang ramai juga dinasihatkan supaya mematuhi arahan polis dan pegawai keselamatan semasa acara perayaan akhir tahun," tambah kenyatan tersebut.

Sumber : CNA/AE/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.