Wanita diberkas kerana disyaki terlibat dalam kegiatan tailong
Seorang wanita berusia 29 tahun diberkas kerana disyaki terlibat dalam kegiatan tailong.

Gambar fail seseorang digari. (Gambar: Reuters)
SINGAPURA: Seorang wanita berusia 29 tahun diberkas kerana disyaki terlibat dalam kegiatan tailong.
Pada 28 Jun, polis menerima aduan berhubung kes gangguan tailong. Dalam kejadian tersebut, minuman panas disimbah ke tangga pintu rumah di Jurong West Street 41. Sekeping nota kepada penghutang juga ditinggalkan di pagar unit berkenaan.
Selepas menjalankan siasatan dan dengan bantuan gambar-gambar rakaman kamera polis, para pegawai dari Divisyen Polis Jurong berjaya mengenalpasti identiti wanita terbabit.
Wanita itu diberkas di Tampines Street 22 pagi tadi (6 Jul).
Siasatan awal mendapati bahawa wanita itu terlibat dalam beberapa kes gangguan tailong yang dilaporkan di merata Singapura.
Dia akan didakwa di mahkamah esok (7 Jul). Sesiapa yang didapati melakukan kesalahan gangguan tailong buat pertama kali boleh didenda antara $5,000 hingga $50,000, dipenjara sehingga 5 tahun, dan dirotan sehingga 6 kali.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.