Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wanita diberkas jual termometer palsu; barangan lebih S$14,000 dirampas

Seorang wanita 33 tahun ditahan kerana disyaki terbabit dalam penjualan online termometer palsu, dedah polis pada Ahad (28 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita diberkas jual termometer palsu; barangan lebih S$14,000 dirampas

Termometer dan penutup jarum yang dirampas. (Gambar: SPF)

Diterbitkan : 28 Nov 2021 05:57PM Dikemas Kini : 28 Nov 2021 06:00PM

SINGAPURA: Seorang wanita 33 tahun ditahan kerana disyaki terbabit dalam penjualan online termometer palsu, dedah polis pada Ahad (28 Nov).

Lebih 300 termometer dan penutup jarum dengan tanda dagang tanpa kelulusan turut dirampas menyusuli serbuan-serbuan di Bedok Reservoir View dan Potong Pasir Avenue 1 pada Jumaat (26 Nov).

Barangan yang disita itu mempunyai nilai pasaran lebih S$14,000 menurut polis.

Siasatan awal mendedahkan bahawa wanita tersebut didakwa memperolehi termometer-termometer palsu itu daripada sumber-sumber luar negara dan menjualnya online. Siasatan sedang dijalankan.

Mereka yang didapati bersalah menjual atau mengagihkan barangan dengan tanda dagang tanpa kelulusan berdepan hukuman denda sehingga S$100,000, tempoh penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali.

Polis menyatakan pihaknya memandang berat perbuatan melanggar hak harta intelektual, lebih-lebih lagi apabila ia membabitkan barangan palsu yang mungkin berpotensi membawa risiko kesihatan.

"Perbuatan mengimport dan mengagihkan barangan palsu adalah kesalahan serius dan polis tidak akan ragu-ragu mengambil tindakan tegas terhadap para pesalah yang meraih keuntungan daripada perniagaan-perniagaan sah dan menipu para pengguna," tambah polis.

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan