Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wanita diberkas disyaki rakam, sebar video mandikan majikan warga emas

Seorang wanita berusia 33 tahun diberkas kerana disyaki terlibat dalam kes penyakit intai dan menyebarkan video-video dia memandikan majikannya yang merupakan seorang warga emas, menurut polis pada Rabu (13 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita diberkas disyaki rakam, sebar video mandikan majikan warga emas

படம்: Gambar hiasan

Diterbitkan : 13 Oct 2021 09:29PM Dikemas Kini : 13 Oct 2021 09:34PM

SINGAPURA: Seorang wanita berusia 33 tahun diberkas kerana disyaki terlibat dalam kes penyakit intai dan menyebarkan video-video dia memandikan majikannya yang merupakan seorang warga emas, menurut polis pada Rabu (13 Okt).

Pada 3 Januari, polis menerima aduan tentang seorang wanita yang didakwa merakam video-video dia memandikan majikannya, seorang warga emas dan memuat naik salah satu video ke laman media sosial.

"Wanita itu juga dipercayai menyebarkan video-video itu kepada orang lain," menurut polis dalam kenyataan medianya.

Dia akan didakwa di mahkamah pada Khamis atas tuduhan mengintai dengan hukuman lebih berat serta menyebarkan rakaman intim, juga dengan hukuman lebih berat.

Kesalahan penyakit intai melibatkan mangsa rentan yang uzur membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau sebatan atau sebarang gabungan hukuman-hukuman tersebut.

Seorang individu yang sabit kesalahan menyebarkan rakaman intim seorang mangsa rentan berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau sebatan atau gabungan hukuman-hukuman itu.

Namun, jika didapati bersalah, suspek tidak boleh dirotan kerana dia seorang wanita.

"Polis tidak akan bertolak ansur sama sekali terhadap sesiapa saja yang melakukan kesalahan terhadap mangsa rentan dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas pesalah yang melakukan kesalahan sedemikian, mengikut undang-undang." 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan