Wanita diberkas cuba rampas pistol pegawai ICA di Pusat Pemeriksaan Woodlands
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: UKK BSI/Facebook)
SINGAPURA: Seorang wanita 33 tahun diberkas di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada Selasa (27 Ogos) kerana cuba merampas sepucuk pistol daripada pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA).
Polis menerima panggilan meminta bantuan di pusat pemeriksaan tersebut pada kira-kira pukul 3.40 petang pada Selasa, tulis Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam kenyataan media pada Rabu (28 Ogos).
Siasatan awal menunjukkan bahawa wanita itu tiba di Pusat Pemeriksaan Woodlands selepas tidak dibenarkan masuk ke Malaysia.
Dia dirujuk ke pejabat petugas bagi pemeriksaan susulan dan semasa ditemu bual, wanita itu cuba merampas pistol seorang pegawai ICA.
Wanita tersebut terus diberkas, tambah polis.
Dia akan didakwa pada Khamis (29 Ogos) atas kesalahan cuba memiliki senjata api secara haram.
Jika sabit kesalahan, wanita itu boleh dipenjara antara lima dan 10 tahun.
Kesalahan tersebut juga membawa hukuman sebatan rotan sekurang-kurangnya enam kali. Sungguhpun demikian, dia tidak boleh disebat kerana dia seorang wanita.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.