Skip to main content

Singapura

Wanita diberi amaran tegas, denda komposisi selepas panjat balkoni hotel Sentosa semasa SHN

Tuduhan yang dikenakan ke atas seorang wanita yang memanjat balkoni sebuah hotel di Sentosa semasa menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) di ditarik balik pada Khamis (7 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita diberi amaran tegas, denda komposisi selepas panjat balkoni hotel Sentosa semasa SHN

(Gambar: Facebook/Shangri-La Rasa Sentosa Singapore)

Diterbitkan : 07 Oct 2021 06:33PM Dikemas Kini : 07 Oct 2021 06:36PM

SINGAPURA: Tuduhan yang dikenakan ke atas seorang wanita yang memanjat balkoni sebuah hotel di Sentosa semasa menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) di ditarik balik pada Khamis (7 Okt).

Mahkamah sebaliknya memberi Jin Chensu, 38 tahun, amaran tegas dan denda komposisi.

Jin didakwa pada Julai atas dua tuduhan tidak memakai pelitup semasa di Shangri-la Rasa Sentosa Resort pada 6 Oktober dan 9 Oktober tahun lalu, selain dua tuduhan mendedahkan orang lain kepada risiko jangkitan apabila dia disyaki dijangkiti virus COVID-19.

Menurut kenyataan sebelum ini oleh Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), Jin pulang ke Singapura dari Kemboja pada 4 Oktober tahun lalu dan diberikan Notis Jangan Keluar Rumah hingga 18 Oktober 2020.

Dia dibawa ke pusat peranginan Shangrila-la Rasa Sentosa dan diberitahu tidak dibenarkan meninggalkan biliknya sepanjang tempoh SHN.

Namun, Jin keluar dari biliknya di tingkat lima hotel pada petang 6 Oktober 2020. Dia kemudian memanjat ke balkoni satu lagi bilik di tingkat atas, berada di sana selama lima minit sebelum kembali ke biliknya.

Tiga hari kemudian, dia meninggalkan biliknya tanpa memakai pelitup dan berlegar-legar di koridor, menurut kertas tuduhan. Menurut ICA, dia ditemui oleh kakitangan hotel itu 25 minit kemudian dan ditemani balik ke biliknya.

Pada perbicaraan sebelumnya pada 22 September tahun ini, mahkamah diberitahu bahawa Jin sedang menjalani perintah kuarantin. Peguamnya, Encik Amarjit Singh memberitahu Mediacorp bahawa perintah itu diberikan setelah dia pulang dari luar negara.

Mahkamah di beritahu bahawa Jin akan ditawarkan denda komposisi, diberi amaran tegas dan tuduhan ke atasnya kemudian ditarik balik.

Rekod mahkamah tidak menunjukkan jumlah denda komposisi yang dibayar.

Seandainya dia didapati bersalah atas tuduhan-tuduhan tersebut, Jin boleh dihukum penjara sehingga enam bulan, denda sehingga S$10,000, atau kedua-duanya bagi setiap kesalahan.

Sumber : CNA/RB/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita