Wanita dalam serangan di Beach Road stabil; S$20,000 dikumpul untuk bantu beliau

SINGAPURA: Wanita dalam serangan melibatkan parang di Beach Road dalam keadaan stabil namun memerlukan pembedaan untuk kecederaan beliau.
Kakitangan dan pemilik perniagaan di kawasan berkenaan yang bertemu dengan Mediacorp pada Rabu (20 Apr) memberitahu bahawa mereka belum sempat melawat Cik Han Hongli namun dimaklumkan bahawa beliau dalam keadaan stabil.
Majikan mangsa, pemilik kedai Chong Qing (Original) Steamboat di Beach Road memberikan maklumat terkini mengenai keadaan mangsa dalam siaran langsung Facebook pada Isnin (18 Apr).
LAPORAN BERKAITAN:
Encik Leonard Shi, pemilik Samurai BBQ, merupakan salah seorang lelaki yang membantu mangsa semasa serangan pada 14 April. Beliau memberitahu Mediacorp bahawa kira-kira S$20,000 sudah dikumpul untuk Cik Han.
Perniagaan lain di kawasan tersebut juga memberikan sumbangan, tambah beliau.
Encik Zhuang Qin Hua, pemilik restoran Chef China di Beach Road memberitahu Mediacorp bahawa kakitangan beliau sudah mengumpulkan lebih daripada S$5,000 untuk Cik Han. Beliau juga sudah menyumbangkan S$1,500.
Encik Zhuang juga ingin memberikan S$4,500, atau kira-kira S$500 untuk setiap orang yang membantu mangsa dalam serangan berkenaan.
Beliau juga menderma kepada dana yang dimulakan oleh Encik Shi. Secara keseluruhan, beliau akan menyumbang S$10,000.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.