Skip to main content

Singapura

Wanita dalam dokumentari Netflix didakwa di SG atas kesalahan penipuan

Keberadaan seorang wanita yang didakwa melakukan penipuan dan pernah muncul dalam sebuah dokumentari jenayah didedahkan pada Sabtu (5 Apr), apabila dia dihadapkan ke Mahkamah Negara Singapura atas tuduhan penipuan.

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita dalam dokumentari Netflix didakwa di SG atas kesalahan penipuan

Dionne Marie Hanna, 84, didakwa di Mahkamah Negara Singapura pada 5 April 2025. (Gambar: Petikan skrin Netflix)

Diterbitkan : 05 Apr 2025 11:44AM Dikemas Kini : 05 Apr 2025 11:46AM
SINGAPURA: Keberadaan seorang wanita yang didakwa melakukan penipuan dan pernah muncul dalam sebuah dokumentari jenayah didedahkan pada Sabtu (5 Apr), apabila dia dihadapkan ke Mahkamah Negara Singapura atas tuduhan penipuan.

Warga Britain, Dionne Marie Hanna, 84 tahun, ditangkap pada 28 Mac, beberapa hari selepas dokumentari bertajuk Con Mum ditayangkan di platform penstriman Netflix.

Dokumentari itu mengisahkan bagaimana dia didakwa menipu anak lelakinya sendiri, menyebabkan lelaki itu dibebani hutang, selepas mereka kembali berhubung.

Hanna menghadiri sesi di Mahkamah Negara menerusi satu persidangan video. Dia kelihatan terbaring di atas katil hospital dan memakai kemeja corak belang. Seorang pegawai penyiasat turut dilihat bersama Hanna, yang tidak diwakili peguam.

Dia kemudian dikenakan lima pertuduhan melakukan penipuan menerusi penyataan palsu. Pihak pendakwa turut memohon agar Hanna direman selama seminggu selepas dia dibenarkan keluar dari Hospital Tan Tock Seng, serta diberi kebenaran untuk membawanya keluar bagi membantu siasatan berkaitan kesalahan lain yang serupa.

Apabila Hanna ditanya mahkamah sama ada dia faham, Hanna menjawab "ya" dengan suara yang lemah.

Kesnya akan disebut semula pada 11 April.
Sumber : CNA/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita