Wanita China dipenjara gara-gara duduk SG lebih 18 tahun
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang wanita dari China dipenjara enam bulan dan dikenakan denda S$4,000 pada Jumaat (27 Sep) kerana tinggal di Singapura melebihi tempoh, iaitu lebih 18 tahun.
Chen Yueying, 54 tahun, mengaku bersalah atas satu tuduhan di bawah Akta Imigresen kerana berada di Singapura selama 18 tahun, 10 bulan dan satu hari mulai November 2005, selepas pas istimewanya luput.
Chen diberikan pas istimewa pada 2 November 2005, membolehkan dirinya kekal di Singapura sehingga 23 November 2005, kerana dia pada mulanya diminta menjadi saksi bagi satu kes yang tidak dinyatakan.
Apabila dia sepatutnya melaporkan diri untuk dihantar pulang, dia tidak hadir. Sebaliknya terus tinggal di Singapura hampir 19 tahun sehingga dia menyerah diri di Balai Polis Kejiranan Bukit Merah East pada 24 September tahun ini.
Dia kemudian ditahan reman dan menghadiri prosiding menerusi persidangan video, dan dilihat berambut paras bahu, bercermin mata dan memakai pelitup.
Mahkamah diberitahu, ini merupakan kesalahan kedua Chen. Dia pernah didakwa pada 16 September 2005 atas satu lagi kesalahan imigresen.
Pada 23 September 2005, dia dipenjara 18 minggu dan dikenakan denda S$3,000, dengan dipenjara enam minggu kerana gagal membayar denda.
Selepas dibebaskan dari penjara, dia diberikan pas istimewa oleh Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) pada 14 Oktober 2005, untuk dia menjadi saksi bagi satu kes polis.
Pas istimewa itu kemudian dilanjutkan beberapa kali, dengan kali terakhir untuk dia meninggalkan Singapura menjelang 23 November 2005, kerana tidak lagi diperlukan sebagai saksi pendakwaan.
Pada 23 November 2005, dia sepatutnya melaporkan diri di cawangan penghantaran pulang ICA untuk dihantar pulang.
Sekalipun demikian, dia tidak datang. Sebaliknya, dia mahu kekal di Singapura untuk bekerja dan menerima gaji. Pekerjaan wanita itu tidak disebut di mahkamah oleh pihak pendakwa atau dirinya sendiri.
Pihak pendakwa ICA pada Jumaat meminta hukuman penjara maksimum selama enam bulan, sambil berkata Chen merupakan pesalah berulang dengan tempoh tinggal di Singapura "amat panjang".
Bagi denda sebagai ganti sebatan rotan, pendakwa meminta dinaikkan jumlah S$3,000 yang kali terakhir dikenakan ke atasnya.
Chen merayu diberikan kelonggaran menerusi seorang penterjemah bahasa Mandarin.
Katanya, beliau tidak dapat membayar denda itu dan akan menjalani hukuman penjara lapan minggu.
Atas kesalahan tinggal di Singapura melebihi tempoh yang ditetapkan, dia boleh dipenjara sehingga enam bulan. Seorang pesalah lelaki boleh berdepan sekurang-kurangnya tiga sebatan rotan. Namun Chen tidak boleh dirotan kerana dia wanita. Maka, dia berdepan denda sehingga S$6,000 sebagai ganti rotan.
Dalam satu kenyataan kepada Mediacorp, ICA menegaskan bahawa undang-undang menganggap kesalahan menetap melebihi tempoh sebagai kesalahan serius, dan dendanya "tegas".
"ICA menjalankan pemeriksaan penguatkuasaan secara teliti dan kerap dengan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang lain seperti Pasukan Polis Singapura untuk memberkas pesalah, termasuk mereka yang duduk di Singapura melebihi tempoh," menurut seorang jurucakap.
Beliau menambah, orang awm juga mesti memainkan peranan mencegah kesalahan menetap melebihi tempoh.
Orang awam harus melaporkan kes-kes yang disyaki pesalah imigresen kepada ICA di https://go.gov.sg/icafeedbackio, tambah jurucakap itu lagi.
Mereka yang membantu atau majikan kepada pesalahan imigresen boleh berdepan hukuman penjara sehingga 24 bulan dan atau denda sehingga S$6,000.

Sumber : CNA/NK/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.