Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wanita bunuh bapa di flat Sengkang ditahan reman bagi pemerhatian psikatrik

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang wanita yang didakwa membunuh bapanya di sebuah flat di Sengkang, akan ditahan reman bagi pemerhatian psikatrik.

Mahkamah mengarahkan demikian pada Jumaat (11 Nov).

Tan Qiu Yan, 31 tahun, didakwa pada Sabtu (5 Nov) atas satu tuduhan membunuh bapanya, Tan Ah Bang yang berusia 67 tahun.

Dia didakwa menyebabkan kematian bapanya di sebuah flat di tingkat 15 Blok 190A Rivervale Drive antara pukul 8.00 malam pada 3 November dengan pukul 5.25 pagi pada 4 November.
Pada Jumaat (4 Nov), pihak pendakwa polis meminta Tan direman bagi pemerhatian psikatrik, memandangkan kes tersebut melibatkan tuduhan yang membawa kepada hukuman mati.

Hakim mengarahkan agar dia ditahan reman selama tiga minggu di Kluster A4 - merujuk kepada kluster penjara bagi wanita - untuk menjalani pemerhatian psikatrik.

Tan hadir di mahkamah menerusi pautan video, dengan memakai baju polo berwarna merah, cermin mata dan pelitup biru.

Dia tidak mempunyai seorang peguam untuk mewakilinya setakat ini.

Dia bakal kembali ke mahkamah pada Disember nanti.

Jika disabit kesalahan membunuh, dia boleh dijatuhi hukuman mati.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan