Wanita berdepan dakwaan ancam untuk edar gambar, video intim seorang lelaki
Seorang wanita dituduh mengancam untuk mengedar gambar dan rakaman video intim seorang lelaki kepada ibu dan temanitanya.
SINGAPURA: Seorang wanita dituduh mengancam untuk mengedar gambar dan rakaman video intim seorang lelaki kepada ibu dan temanitanya.
Wanita berusia 38 tahun itu kembali ke mahkamah hari ini (10 Dis) bagi sebutan kesnya. Dia berdepan satu tuduhan mengancam untuk mengedar gambar dan rakaman video intim seorang lelaki berusia 32 tahun.
Wanita itu didakwa berbuat demikian dengan menghantar mesej WhatsApp kepada lelaki berkenaan sekitar 12.25 tengah malam pada 23 Jun tahun ini.
Dalam mesej tersebut, dia dikatakan berkata "Berhenti berbohong, masih lagi nak tipu dengan aku ...... Aku akan tunjukkan matair dan emak kau semua gambar dan video yang kita ambil dulu."
Mahkamah mengenakan perintah melarang sebarang maklumat didedahkan yang boleh mengenal pasti identiti mangsa.
Wanita itu turut berdepan dengan dua lagi tuduhan berkaitan COVID.
Kesnya akan didengar lagi pada bulan depan.
Jika disabit kesalahan sengaja mengancam untuk mengedar rakaman dan gambar intim lelaki itu, dia boleh dihukum penjara sehingga lima tahun dan didenda. Pesalah wanita tidak boleh disebat.
Kesalahan mengedar rakaman atau gambar intim dengan sengaja baru diperkenalkan sebagai salah satu daripada peindaan terhadap Kanun Keseksaan pada Januari 2020.
Pada Khamis (9 Dis), seorang lelaki 31 tahun dipenjara selama 12 minggu atas kesalahan berkongsi klip video mengadakan hubungan seks dengan temanitanya bersama sepupu wanita berkenaan.
Minggu lalu, seorang lelaki berusia 27 tahun dipenjara 13 minggu kerana memuat naik gambar isterinya mengadakan hubungan seks dengan penyelianya di Facebook.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.