Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wanita 'berdaulat' dijel dan didenda gara-gara gagal hadir ke balai polis, mahkamah, ludah polis

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang wanita yang mengingkari arahan polis apabila disiasat atas kesalahan menghina mahkamah, dijatuhi hukuman penjara selama lapan minggu dan didenda S$4,200 pada Selasa (25 Jul).

Lee Hui Yin, yang kini dikenali sebagai Tarchandi Tan selepas menukar namanya pada tahun lalu, disabit kesalahan atas lima pertuduhan selepas mencabarnya.
 


Pertuduhan tersebut termasuk enggan hadir bagi siasatan polis atau datang ke mahkamah dan kerana meludah ke arah pegawai polis.

Wanita berusia 53 tahun itu mula disiasat atas kelakuannya membuat kekecohan dalam perbicaraan mahkamah Benjamin Glynn pada Ogos 2021.

Dia didakwa mengatakan "mahkamah tidak rasmi yang tidak masuk akal" dan "saya tidak menghormati hakim".

Kira-kira setahun kemudian, dia tidak datang ke balai polis bagi siasatan berkaitan, apabila diminta untuk melakukan demikian. Dia malah, mengembalikan semua surat yang dihantar ke alamatnya dan enggan berurusan dengan polis apabila mereka mengetuk pintunya.

Apabila dia akhirnya diberkas dan dibawa keluar dari flatnya, dia menentang dengan kuat dan meludah ke arah pegawai-pegawai itu.


Dia dijangka kembali ke mahkamah untuk baki dua lagi pertuduhan pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan