Wanita 'berdaulat' dibicarakan, enggan ke mahkamah dan sesi siasatan polis, ludah pegawai
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: TODAY/Nuria Ling)
SINGAPURA: Seorang wanita yang tular buat pertama kali kerana didakwa mencetuskan kekecohan semasa perbicaraan mahkamah seorang anti-pelitup muka hadir di mahkamah pada Isnin (26 Jun) atas tuduhannya sendiri.
Dia enggan menghadiri sesi siasatan polis dan sebutan kes, serta meludah ke beberapa pegawai polis.
Lee Hui Yin, yang sekarang dikenali sebagai Tarchandi Tan selepas menukar namanya tahun lalu, mewakili dirinya sendiri di mahkamah.
Para penyokong wanita 53 tahun itu duduk di galeri awam, termasuk pasangannya dan seorang lelaki yang pernah mengaku dirinya sebagai putera Singapura.

Menurut pendakwa, polis menyiasat Lee buat pertama kali atas kelakuannya dalam perbicaraan mahkamah Benjamin Glynn pada Ogos 2021.
Lee didakwa mengatakan "ini adalah mahkamah tidak rasmi yang tidak masuk akal" dan dalam komen kepada Hakim Daerah Eddy Tham berkata, "Saya tidak menghormati hakim itu".
Inspektor Stesen (SI) Noor Azhar Daud memberi keterangan tentang bagaimana dia dipanggil ke Mahkamah Negara pada Ogos 2021 untuk menghadiri satu kes di mana seorang wanita menjerit kepada hakim.
SI Azhar juga memberi keterangan tentang sejumlah besar surat yang dihantar ke alamat Lee, yang tidak diendahkan dan dipulangkan.
Satu notis untuk menghadiri mahkamah dipulangkan kepadanya dengan perkataan "tiada individu seperti ini, entiti sudah mati" di belakang surat tersebut.
Lee juga membalas menerusi e-mel, yang memaklumkan kepada SI Azhar bahawa dia tidak faham mengapa dia sedang disiasat sedangkan kes itu berlaku lebih setahun lalu, dan tidak melibatkan mangsa atau tiada saman.
Lee akhirnya diberkas pada November 2022 oleh sekumpulan pegawai polis yang menunggu selama dua hingga tiga jam untuk Lee keluar dari rumahnya.
Dia terpaksa diangkat pada satu ketika kerana enggan meninggalkan tempat itu, sambil menjerit dia diculik.
Lee kemudian direman dan didakwa di mahkamah, sebelum dibebaskan dengan ikat jamin.
Lee menyerahkan tiga video kepada hakim untuk dibicarakan. Dia meminta kes itu "digugurkan serta-merta" dan berkata dia tidak bersalah kerana dia adalah rakyat berdaulat.
Perbicaraan tersebut diteruskan.
Tuduhan berkaitan Lee mengatakan "mahkamah tidak rasmi" ditarik balik atau diketepikan buat seketika.
Jika didapati gagal menghadiri siasatan polis, Lee boleh dihukum penjara sehingga sebulan, didenda sehingga S$1,500, atau kedua-duanya sekali.
Lee juga boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga enam bulan, didenda sehingga S$5,000, atau kedua-duanya sekali kerana gagal hadir di mahkamah.
Atas tuduhan menggunakan kekerasan terhadap pegawai polis, dia boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga empat tahun, didenda atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.