Skip to main content

Singapura

Wanita, bapa jalani hukuman gantikan tempatnya didakwa putarbalikkan proses keadilan

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita, bapa jalani hukuman gantikan tempatnya didakwa putarbalikkan proses keadilan

Mahkamah Negara di Singapura. (Gambar fail: CNA/Calvin Oh)

SINGAPURA: Seorang wanita, yang bapanya menjalani hukuman penjara menggantikan tempatnya kerana satu kemalangan jalan raya, pada Khamis (27 Okt) didakwa bersubahat untuk memutarbalikkan proses keadilan bersama dengan bapanya.

Audrey Ong Hui Ling, 26 tahun, dikenakan empat tuduhan baru. Tuduhan itu termasuk bersubahat dengan bapanya untuk memutarbalikkan proses keadilan, memandu tanpa lesen, memandu tanpa insurans dan menyebabkan kecederaan parah kepada seorang penunggang motosikal akibat perbuatan cuai yang mengancam nyawa.

Berdasarkan kerta tuduhan, wanita itu didakwa memandu kereta bapanya tanpa lesen apabila dia gagal memberhentikan kenderaan itu untuk memeriksa lalu lintas yang datang dari arah depan di Tampines Avenue 2 pada 15 Oktober 2019.


Bapanya, David Ong, berusia 56 tahun, dikenakan tiga tuduhan serupa dengan anak perempuannya. Tuduhan-tuduhan itu termasuk berkomplot dengan anak perempuannya untuk memutarbalikkan proses keadilan dengan bersetuju untuk menanggung liabiliti jenayah dan membenarkan anak perempuannya memandu keretanya tanpa lesen mahupun insurans.

Mereka akan dihadapkan lagi ke mahkamah pada bulan depan.

Kesalahan bersubahat untuk memutarbalikkan proses keadilan membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan menyebabkan kecederaan parah akibat perbuatan cuai, Audrey boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga dua tahun, didenda sehingga S$5,000 atau kedua-duanya sekali.

Bagi membenarkan anak perempuannya memandu keretanya tanpa lesen mahupun insurans, David boleh dipenjara sehingga tiga bulan, didenda sehingga S$1,000 atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita