Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wanita bantu siasatan polis selepas didakwa letak sepanduk di luar kedutaan Israel di SG

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita bantu siasatan polis selepas didakwa letak sepanduk di luar kedutaan Israel di SG

Tangkapan skrin kandungan yang dimuat naik seorang wanita berusia 20 tahun itu di Instagram pada 11 Dis 2023. (Gambar: X/elijahtaypeng)

Diterbitkan : 14 Dec 2023 01:26PM Dikemas Kini : 14 Dec 2023 01:27PM
SINGAPURA: Seorang wanita sedang membantu polis dalam siasatannya selepas dia dilihat meletakkan sepanduk di depan pintu masuk kedutaan Israel di Singapura.

Pasukan Polis Singapura (SPF) menyatakan pihaknya menerima panggilan meminta bantuan di kedutaan tersebut pada sekitar pukul 10.10 malam, Isnin (11 Dis), menurut SPF pada Rabu sebagai menjawab pertanyaan Mediacorp.

"Seorang wanita dikatakan dilihat meletakkan sepanduk di pintu masuk bangunan kedutaan lalu mengambil gambar sebelum meninggalkan tempat itu," kata SPF.

Polis telah mengenal pasti identiti wanita berusia 20 tahun itu dan dia sedang membantu dalam siasatan di bawah Akta Ketenteraman Awam 2009.

Siasatan sedang dijalankan.

Beberapa gambar kejadian itu yang dimuat naik oleh wanita tersebut ke Instagram, dan dimuat naik semula di X, menujukkan berapa sepanduk yang tertera mesej mengenai perang Israel dengan Hamas.

Dua sepanduk itu tertera "Bebaskan Palestin" dan "Gencatan senjata - Hentikan semua dagangan dengan Israel sekarang!".

Pada salah satu gambar itu, wanita tersebut menulis bahawa dia "duduk di luar pusat pemeriksaan keselamatan di luar kedutaan".

Pada Oktober lalu, SPF dan Lembaga Taman Negara (NParks) menyatakan bahawa acara dan perhimpunan awam berkaitan dengan perang Israel-Hamas tidak akan dibenarkan atas keprihatinan mengenai keselamatan awam.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan