Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wanita bantu kekasih pasang kamera dalam tandas untuk rakam anak perempuannya sedang mandi

Seorang wanita yang sudah berumah tangga, tetapi menjalin hubungan sulit dengan rakan kongsi perniagaannya, membantu lelaki itu memasang kamera kecil dalam tandas supaya dia dapat merakam anak perempuannya sedang mandi.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Seorang wanita yang sudah berumah tangga, tetapi menjalin hubungan sulit dengan rakan kongsi perniagaannya, membantu lelaki itu memasang kamera kecil dalam tandas supaya dia dapat merakam anak perempuannya sedang mandi.

Wanita berusia 48 tahun itu dihukum penjara 10 minggu pada Khamis (2 Feb) atas satu tuduhan memasang peralatan itu dengan niat membolehkan kekasihnya melakukan kesalahan penyakit intai atau voyeurisme.

Bekas kekasihnya, berusia 50 tahun, juga dikenakan hukuman penjara yang sama atas satu tuduhan bersubahat dengan wanita itu untuk memasang kamera tersebut supaya dia boleh merakam anak perempuan temanitanya sedang mandi.

Kedua-dua individu itu tidak boleh didedahkan identiti mereka atas perintah mahkamah.

Mahkamah diberitahu bahawa wanita itu mula berkenalan dengan lelaki berkenaan pada 2014, apabila dia bekerja sebagai penolong jurujual di kedai runcitnya.

Pada 2016, wanita itu berhenti kerja tetapi masih terus berhubungan dengan lelaki itu dan menjalin hubungan sulit.

Pada 2020, kedua-duanya membuka sebuah kedai online menjual kipas siling dan lampu. Mereka kini bergelar kekasih dan rakan kongsi perniagaan.

Pada Mei 2021, lelaki itu membeli sebuah kamera kecil dari Shopee, dengan niat untuk merakam anak perempuan kekasihnya sedang mandi.

Kesemua butiran mengenai anak perempuan wanita itu, termasuk usianya, digugurkan daripada dokumen mahkamah.

Lelaki itu kemudian menyerahkan kamera tersebut kepada kekasihnya dan menyuruhnya untuk memasangnya. Kedua-dua mereka tahu bahawa anak perempuan wanita itu tidak memberi izin untuk dirakam.

Wanita itu mengambil kamera tersebut dan sedang memasangnya di dapur, menghadap tempat mandi, apabila perbuatannya dilihat oleh anak perempuannya.

Selepas ibunya keluar dari dapur, mangsa menjenguk ke dalam lalu terlihat kamera itu. Mangsa mengambil kamera itu lalu mengeluarkan rakamannya namun dia tidak menemui apa-apa mencurigakan melainkan rakaman ibunya sedang memasang kamera tersebut.

Kamera itu kemudian dibuang.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan