Wanita bakal didakwa atas kesalahan vandalisme, conteng ungkapan ‘singgung perasaan’ di premis Salvation Army
Seorang wanita berusia 43 tahun yang diberkas kerana dipercayai menggunakan cat sembur untuk menulis ungkapan yang “menyinggung perasaan” di The Salvation Army di Upper Bukit Timah akan didakwa di mahkamah pada Sabtu (27 Dis), menurut polis pada Jumaat.
Anggaran Waktu Membaca:
- Seorang wanita berusia 43 tahun yang diberkas kerana dipercayai menggunakan cat sembur untuk menulis ungkapan yang “menyinggung perasaan” di The Salvation Army di Upper Bukit Timah akan didakwa di mahkamah pada Sabtu (27 Dis), menurut polis pada Jumaat.
- Menurut polis, wanita warga Australia berketurunan Cina itu dipercayai pada Khamis menggunakan cat semburan merah untuk menconteng “ungkapan yang menyinggung perasaan” pada dinding bangunan Praisehaven - premis The Salvation Army - serta tiga buah van.
- Wanita tersebut akan didakwa di mahkamah pada Sabtu atas kesalahan merosakkan harta benda di premis tersebut.
- Jika sabit kesalahan, dia boleh didenda sehingga S$2,000 atau dipenjara sehingga tiga tahun.
SINGAPURA: Seorang wanita berusia 43 tahun yang diberkas kerana dipercayai menggunakan cat sembur untuk menulis ungkapan yang “menyinggung perasaan” di The Salvation Army di Upper Bukit Timah akan didakwa di mahkamah pada Sabtu (27 Dis), menurut polis pada Jumaat.
Menurut polis, wanita warga Australia berketurunan Cina itu dipercayai pada Khamis menggunakan cat semburan merah untuk menconteng “ungkapan yang menyinggung perasaan” pada dinding bangunan Praisehaven - premis The Salvation Army - serta tiga buah van.
Satu tin cat semburan berwarna merah ditemui di premis berkenaan dan dirampas sebagai bahan bukti kes, menurut kenyataan polis.
Wanita tersebut akan didakwa di mahkamah pada Sabtu atas kesalahan merosakkan harta benda di premis tersebut.
Jika sabit kesalahan, dia boleh didenda sehingga S$2,000 atau dipenjara sehingga tiga tahun. Walaupun Akta Vandalisme 1966 memperuntukkan hukuman sebatan bagi para pesalah, kaum wanita tidak tertakluk kepada hukuman tersebut, menurut polis.
“Polis memandang berat perbuatan sedemikian, dan para pesalah akan dikenakan tindakan tegas mengikut undang-undang,” tegas polis.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.