Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wanita akui guna mata kail, pelekat untuk 'pancing' baucar barangan dapur dari peti surat

Seorang pekerja penghantar makanan pada Jumaat (15 Jan) mengaku bersalah menggunakan alat yang direka sendiri untuk mencuri baucar barangan dapur yang dikeluarkan Belanjawan 2020 bernilai S$450 dari beberapa peti surat.

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita akui guna mata kail, pelekat untuk 'pancing' baucar barangan dapur dari peti surat

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 15 Jan 2021 10:18PM Dikemas Kini : 15 Jan 2021 10:23PM

SINGAPURA: Seorang pekerja penghantar makanan pada Jumaat (15 Jan) mengaku bersalah menggunakan alat yang direka sendiri untuk mencuri baucar barangan dapur yang dikeluarkan Belanjawan 2020 bernilai S$450 dari beberapa peti surat.

Asmah Isnin, 34 tahun, mengaku bersalah ke atas tiga tuduhan mencuri berkaitan tiga mangsa, termasuk satu pasangan.

Dia akan dihadapkan semula ke mahkamah pada 19 Feb untuk dikenakan hukuman kerana dia memberitahu Hakim Daerah Prem Raj bahawa dia perlu menjalani pembedahan.

Mahkamah diberitahu bahawa Asmah melakukan kesalahan itu dua kali dalam seminggu pada Oktober tahun lalu, menyasarkan peti-peti surat di Blok 124 Kim Tian Place di Bukit Merah.

Baucar-baucar itu dihantar kepada 150,000 warga Singapura bagi bantu meringankan beban perbelanjaan dapur. Ia diumumkan semasa Belanjawan Perpaduan pada Februari tahun lalu.

Asmah menerima baucarnya namun beberapa hari kemudian dia mula mencari lebih banyak baucar dengan mengintip ke dalam peti surat unit-unit yang lain.

Dia melihat dua set baucar, milik satu pasangan yang sudah berpindah, dalam salah satu peti surat berkenaan. Dia menggunakan alat yang direka sendiri menggunakan pena, mata kail dan pelekat untuk mengambil baucar itu. Ia kemudian digunakannya untuk berbelanja.

Pasangan itu kemudian menghubungi talian Lembaga Penggalakan Kesihatan untuk bertanya mengenai baucar mereka. Agensi tersebut memberitahu mereka bahawa baucar itu sudah pun dihantar ke alamat rumah mereka yang lama dan sudah pun digunakan.

Sekitar waktu yang sama, Asmah mencuri baucar milik seorang penduduk berusia 57 tahun dari blok yang sama.

Apabila mangsa menghubungi Kelab Masyarakat Tiong Bahru untuk bertanyakan tentang baucarnya, dia diberitahu bahawa baucar itu sudah pun digunakan.

Asmah ditangkap pada 16 Okt tahun lalu selepas polis mengenal pastinya melalui rakaman kamera litar tertutup. Dia belum lagi membuat bayaran semula.

Mangsa sudah pun memohon kepada pihak berkuasa untuk menerima baucar gantian.

Timbalan Pendakwa Raya Joseph Gwee berkata bahawa Asmah sudah melakukan beberapa kesalahan jenayah seawal 2005. Misalnya pada 2015, dia dikenakan hukuman penjara selama enam bulan kerana mencuri sebuah basikal elektrik bernilai S$1,300.

Bagi kes baru ini, pihak pendakwa memohon bagi hukuman penjara sekurang-kurangnya 10 bulan.

Asmah yang tidak diwakili sebarang peguam, memohon untuk menangguhkan hukumannya disebabkan oleh pembedahan yang perlu dijalani dan keadaan bapanya yang sedang uzur.

Bagi setiap tuduhan mencuri, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau didenda, atau kedua-duanya sekali.

Sumber : Today/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan