Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wanita 84 tahun meninggal dunia akibat demam denggi

Seorang wanita berusia 84 tahun yang tinggal di Lorong 6 Geylang meninggal dunia disebabkan demam denggi Jumaat lalu (14 Jun), menjadikan jumlah kematian akibat penyakit tersebut sebanyak lima orang tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita 84 tahun meninggal dunia akibat demam denggi

Gambar nyamuk Aedes. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 20 Jun 2019 07:35PM Dikemas Kini : 20 Jun 2019 07:39PM

SINGAPURA: Seorang wanita berusia 84 tahun yang tinggal di Lorong 6 Geylang meninggal dunia disebabkan demam denggi Jumaat lalu (14 Jun), menjadikan jumlah kematian akibat penyakit tersebut sebanyak lima orang tahun ini.

Menurut Kementerian Kesihatan (MOH), kawasan di mana wanita itu tinggal merupakan kelompok denggi aktif dengan sekurang-kurangnya 108 kes dilaporkan sehingga 17 Jun lalu.

Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) menyatakan 64 tempat pembiakan nyamuk Aedes dikesan dan sudah dimusnahkan di kawasan berkenaan.

Kes denggi yang dilaporkan secara mingguan pada tahun ini meningkat empat kali ganda dalam tempoh tiga bulan lalu.

NEA menambah kebanyakan tempat pembiakan nyamuk terdapat dalam rumah.

Pihak berkuasa menggesa para penduduk serta para pemilik bangunan untuk menghapuskan tempat-tempat berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk serta membenarkan para pegawai NEA yang bertugas untuk memeriksa serta menyembur ubat-ubat pembunuh nyamuk bagi mengekang pembiakan.

Sumber : CNA/NF/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan