Wanita 75 tahun dengan 50 tahun rekod jenayah di Malaysia dan SG dipenjara sekali lagi
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang pencuri licik yang sudah keluar masuk penjara sejak 50 tahun lalu menyerang 'mangsa' sekali lagi, kali ini menyasarkan para pelancong di Singapura.
Ng Kim Swee, seorang wanita warga Malaysia berusia 75 tahun, dijatuhi hukuman penjara selama empat tahun pada Rabu (1 Nov) selepas mengaku bersalah atas dua tuduhan mencuri.
Lagi dua tuduhan turut diambil kira semasa menjatuhkan hukuman.
Dalam rayuannya, wanita itu berkata bahawa suaminya adalah seorang kaki judi yang telah meninggalkannya untuk menyara anak-anaknya.
Wanita itu juga mendakwa bahawa dia merasakan seolah-olah dia "hanya meminjam daripada orang kaya" untuk menyara keadaannya.
Mahkamah diberitahu bahawa Ng adalah seorang pencuri bersiri yang modus operandinya adalah mencari sasaran dengan beg tangan terbuka di kedai-kedai yang penuh sesak.
Sembilan keterangan telah diambil daripada Ng dalam siasatan polis dan dia berbohong bagi kesemua keterangan tersebut, sambil mendakwa bahawa dia tidak mencuri apa-apa walaupun selepas ditunjukkan rakaman CCTV.
Timbalan Pendakwa Raya Jeremy Bin berkata Ng disabitkan dengan kesalahan mencuri dan pecah rumah di Malaysia pada 1977, 1985, 1987, 2015, 2016, 2017 dan 2019.
Dia dihukum penjara bagi sebahagian besar daripada kesalahan-kesalahan tersebut.
Ng juga mempunyai beberapa sabitan di Singapura atas kesalahan mencuri, seawal tahun 1971.
Hukuman terbaharunya di Singapura ialah hukuman tahanan pencegahan selama 10 tahun pada 2004 kerana mencuri.
Encik Bin berkata Ng telah melakukan kesalahan selama 50 tahun, "hampir secara eksklusif melakukan kecurian dan kesalahan harta benda lain".
Antara 2014, apabila dia dibebaskan daripada tempoh tahanan pencegahan 10 tahun dan kesalahan terbaharunya, Ng disabitkan sekurang-kurangnya empat kali lagi atas kesalahan melibatkan harta benda di Malaysia.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.