Skip to main content

Singapura

Wanita 70 tahun bantu siasatan polis selepas dirakam maki hamun 2 lelaki di Hab Tampines Kita

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita 70 tahun bantu siasatan polis selepas dirakam maki hamun 2 lelaki di Hab Tampines Kita

Gambar: sgfollowsall/Instagram

Diterbitkan : 28 Nov 2023 09:03AM
SINGAPURA: Seorang wanita berusia 70 tahun sedang membantu siasatan polis selepas tular rakaman video yang menunjukkan warga emas itu memaki hamun dua lelaki di Hab Tampines Kita.

Dalam responsnya kepada pertanyaan Mediacorp pada Isnin (27 Nov), polis menyatakan bahawa pihaknya menerima panggilan meminta bantuan di 1 Tampines Walk pada Sabtu lalu sekitar pukul 9.55 malam.

Wanita itu sedang membantu siasatan polis ke atas tuduhan menyebabkan kecederaan dengan sengaja dan dengan niat untuk menyinggung perasaan orang lain, tambah pihak polis.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Klip kejadian itu dimuat naik ke akaun Instagram "sgfollowsall", yang menunjukkan seorang wanita berpakaian kemeja-T putih dan topi, menjerit ke arah dua lelaki.

Kedua-dua lelaki itu berdiri berhampiran bahagian selusur untuk menonton siaran langsung perlawanan bola sepak Liga Perdana England (EPL) antara Manchester City dan Liverpool yang disiarkan di skrin besar Hab Tampines Kita, menurut catatan tersebut.

Hantaran tersebut menyatakan: "Dua orang berjalan ke bahagian selusur untuk menonton perlawanan dan secara kebetulan menghadang makcik itu yang sedang duduk di bangku belakang.

Wanita terbabit dipercayai memukul bahagian belakang kedua-dua lelaki tersebut dan menghamburkan kata-kata yang menyinggung.

Dalam video itu, wanita berkenaan boleh didengar memaki hamun kedua-dua lelaki tersebut berulang kali, sebelum seorang pengawal keselamatan tiba di tempat kejadian.

Mediacorp sudah menghubungi pihak Hab Tampines Kita untuk mengulas tentang insiden tersebut.

Siasatan polis masih dijalankan.
Sumber : Today/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita