Wanita 67 tahun ditemui maut di Ang Mo Kio, lelaki ditangkap
Polis menerima panggilan meminta bantuan di sebuah unit kediaman di Ang Mo Kio Avenue 6 pada kira-kira 1.25 pagi.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 66 tahun ditangkap kerana membunuh pada awal pagi Jumaat (29 Nov) selepas seorang wanita berusia 67 tahun ditemui mati di Ang Mo Kio.
Polis dalam satu kenyataan berkata pihaknya menerima panggilan meminta bantuan di sebuah unit kediaman di Ang Mo Kio Avenue 6 pada kira-kira 1.25 pagi.
Mereka mendapati wanita itu terbujur kaku di dalam unit tersebut dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Lelaki itu turut diberkas di tempat kejadian.
Siasatan awal mendapati kedua-dua pihak saling mengenali satu sama lain, kata polis.
Lelaki itu akan didakwa di mahkamah pada Sabtu atas tuduhan membunuh. Kesalahan itu membawa hukuman mati.
Siasatan polis sedang dijalankan.

Sumber : CNA/SU/su
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.