Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wanita 66 tahun maut setelah teksi rempuh pejalan kaki di simpang Jalan Bukit Merah, Alexandra Road

Sebuah teksi SMRT merempuh para pejalan kaki di persimpangan Jalan Bukit Merah dan Alexandra Road pada Jumaat (22 Mac) pada sebelah malam. Seorang wanita lanjut usia maut dan seorang lagi pejalan kaki cedera.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 23 Mar 2019 02:03PM Dikemas Kini : 23 Mar 2019 11:25PM

SINGAPURA: Sebuah teksi SMRT merempuh para pejalan kaki di persimpangan Jalan Bukit Merah dan Alexandra Road pada Jumaat (22 Mac) pada sebelah malam. Seorang wanita lanjut usia maut dan seorang lagi pejalan kaki cedera.

Menurut polis, pihaknya dimaklumkan mengenai kemalangan itu sekitar jam 7.00 malam.

Menurut polis, pemandu teksi berusia 72 tahun, dan dua pejalan kaki wanita berusia 32 tahun dan 66 tahun dibawa ke Hospital Universiti Nasional, di mana wanita lanjut usia itu meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya.

Menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), tiga ambulans dikerahkan ke tempat kejadian.

(Petikan gambar: SG Road Vigilante/Facebook)

Satu video mengenai insiden yang tular di media sosial menunjukkan teksi tersebut - yang berada di lorong kedua - bergerak perlahan dan berhenti dekat sebatang lampu trafik. Tiada kenderaan lain antara teksi itu dengan lampu trafik. Tingkap pemandu teksi itu juga kelihatan diturunkan.

Teksi itu kemudian memasuki lorong pertama, sedang tingkapnya diturunkan. Lampu amaran kecemasan turut berkelipan.

Sedang kenderaan itu menghampiri sebuah kereta yang tidak bergerak di lorong pertama, ia tiba-tiba memasuki lorong kedua, lalu memecut dan membelok kanan ke arah arus trafik yang bertentangan di persimpangan itu.

Teksi tersebut merempuh beberapa orang pejalan kaki yang sedang menyeberangi jalan raya.

Menurut polis, siasatan awal menunjukkan bahawa pemandu teksi itu pitam sebelum berlaku kemalangan itu.

Pemandu teksi tersebut sedang membantu siasatan, menurut polis.

SMRT memberitahu Mediacorp bahawa pihaknya sedang mencuba menghubungi para mangsa dan keluarga mereka.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan