Wanita 63 tahun didakwa kerana berulang kali buang najis tepi tembok blok HDB
Anggaran Waktu Membaca:
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
SINGAPURA: Bermula dari Krismas tahun lalu, seorang wanita berusia 63 tahun dipercayai mula membuang najis manusia pada tembok tepi blok Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di Marsiling.
Viona Teo Kee Liok, seorang warga Singapura, didakwa pada Khamis (15 Jan) tuduhan melakukan gangguan awam.
Menurut kertas pertuduhan, dia membuang najis manusia pada parapet (tembok tepi) unit tingkat 10 di Blok 131, Marsiling Rise sebanyak lima kali.
Bagi kejadian pertama pada 25 Dis 2025, dia dipercayai berbuat demikian pada awal pagi kira-kira pukul 4.25 pagi, sehingga mengganggu seorang lelaki.
Pada kejadian berikutnya, dia dipercayai membuang najis manusia selepas pukul 8.00 pagi dan 9 pagi.
Dia dituduh membuang sisa makanan sebanyak tiga kali.
Kejadian terakhir adalah pada Isnin, menurut kertas pertuduhan.
Mahkamah mengarahkannya direman di Institut Kesihatan Mental (IMH) untuk pemeriksaan perubatan.
Dia akan dihadapkan semula ke mahkamah pada 29 Januari.
Jika sabit kesalahan mengganggu orang ramai, dia boleh dikenakan denda sehingga S$2,000 bagi setiap tuduhan. Jika dia seorang pesalah berulang, dia boleh dihukum penjara sehingga tiga bulan sebagai tambahan kepada denda yang mungkin dikenakan.

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.