Skip to main content

Singapura

Wanita 56 tahun maut selepas terjatuh dari tempat tinggi di Jewel Lapangan Terbang Changi

Seorang wanita berusia 56 tahun meninggal dunia pada Khamis (16 Okt) menyusuli satu kejadian di Jewel Lapangan Terbang Changi.

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang wanita berusia 56 tahun meninggal dunia pada Khamis (16 Okt) menyusuli satu kejadian di Jewel Lapangan Terbang Changi.

Mediacorp difahamkan bahawa wanita itu terjatuh dari tempat tinggi.

Polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menerima panggilan meminta bantuan pada kira-kira pukul 1.55 tengah hari di 78 Airport Boulevard.

SCDF menyatakan seorang individu dihantar ke Hospital Besar Changi (CGH).

Wanita itu tidak sedarkan diri apabila beliau dibawa ke hospital, di mana beliau kemudian meninggal dunia, menurut polis.

Siasatan masih dijalankan, menurut polis.

Satu video yang dikongsi di TikTok oleh @sgseewhatsee menunjukkan seorang wanita sedang melakukan bantuan pernafasan (CPR) terhadap seorang individu yang terbaring di atas lantai.

Beberapa lagi orang mengerumuni kedua-dua individu tersebut.

Beberapa individu yang berpakaian warna hitam, yang kelihatan seperti kakitangan pusat beli-belah itu, dilihat meletakkan hadangan di sekitar ruang tersebut.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita