Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wanita 54 tahun dijel, didenda S$5,000; tuduh doktor CGH 'bodoh' & cuba gigit pegawai polis

Seorang wanita berusia 54 tahun dihukum penjara selama seminggu dan didenda S$5,000 pada Selasa (18 Jan) kerana menghina seorang doktor hospital serta memukul dan cuba menggigit seorang pegawai polis tambahan semasa kemuncak wabak COVID-19 pada 2020.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Seorang wanita berusia 54 tahun dihukum penjara selama seminggu dan didenda S$5,000 pada Selasa (18 Jan) kerana menghina seorang doktor hospital serta memukul dan cuba menggigit seorang pegawai polis tambahan semasa kemuncak wabak COVID-19 pada 2020.

Rakyat Singapura, Wang Xuyi, didapati bersalah selepas dibicarakan pada lewat tahun lalu. Wang mendakwa bahawa dia tidak tahu kata-katanya itu merupakan satu penghinaan dan tidak tahu makna perkataan"gila" dalam bahasa Mandarin.

Di mahkamah hari ini (18 Jan), dia menyuarakan hasratnya untuk mengemukakan rayuan. Hakim Daerah Lau Qiuyu menangguhkan hukuman penjara ke atas Wang sehingga 3 Feb.

Wang yang tidak diwakili oleh seorang peguam, didapati bersalah atas dua tuduhan menggunakan kata-kata penghinaan terhadap seorang doktor di Hospital Besar Changi (CGH) pada petang 16 Mei 2020. Singapura ketika itu menguatkuasakan tempoh pemutus rantaian jangkitan COVID-19 yang menghadkan pergerakan dan kegiatan disebabkan oleh penularan pandemik tersebut.

Dia juga mencabar tuduhan menyebabkan kecederaan dan cuba mencederakan seorang pegawai polis tambahan pada hari yang sama.

Atas kesalahan menyebabkan kecederaan dengan sengaja, dia boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga tiga tahun atau didenda sehingga S$5,000 atau dikenakan kedua-dua hukuman.

Dia juga boleh dihukum penjara sehingga setahun atau didenda sehingga S$5,000, atau kedua-duanya sekali atas kesalahan menyebabkan gangguan.

Sumber : Today/FA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan