Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wanita 54 tahun diberkas atas urus niaga kad kredit haram

Seorang wanita berusia 54 tahun diberkas semalam kerana disyaki menggunakan kad kredit orang lain yang dijumpainya untuk membeli alat solek.

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita 54 tahun diberkas atas urus niaga kad kredit haram

Polis merampas barang kosmetik yang dibeli menerusi urus niaga tanpa kebenaran serta resit pembelian. (Gambar: SPF)

Diterbitkan : 30 Aug 2019 07:43AM Dikemas Kini : 30 Aug 2019 07:44AM

SINGAPURA: Seorang wanita berusia 54 tahun diberkas semalam kerana disyaki menggunakan kad kredit orang lain yang dijumpainya untuk membeli alat solek.

Pasukan Polis Singapura (SPF) menyatakan dalam satu kenyataan media bahawa seorang lelaki membuat aduan pada 1 Mac bahawa urus niaga yang tidak diluluskan bernilai S$700 dibuat menggunakan kad kreditnya yang hilang.

Para pegawai daripada Jabatan Ehwal Komersil (CAD) mengenal pasti identiti wanita tersebut menerusi siasatan susulan dan menangkapnya di Toa Payoh Lorong 3 pada Khamis (29 Ogos).

"Alat-alat solek yang dibeli menggunakan kad kredit mangsa serta resit-resit pembelian yang tidak diluluskan sudah dirampas sebagai bukti kes." kata pihak SPF.

"Suspek akan didakwa di mahkamah pada Jumaat (30 Ogos) kerana melakukan penipuan." tambah SPF.

Jika didapati bersalah, wanita itu boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda.

Sumber : CNA/AY/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan