Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wanita 53 tahun ditahan; didakwa terlibat dalam penipuan jual beli beg berjenama

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita 53 tahun ditahan; didakwa terlibat dalam penipuan jual beli beg berjenama

(Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 10 Feb 2022 08:05AM Dikemas Kini : 10 Feb 2022 08:06AM

SINGAPURA: Seorang wanita berusia 53 tahun ditahan kerana disyaki terlibat dalam satu siri penipuan melibatkan urusan jual beli beg berjenama. Dia didakwa menipu mangsanya sebanyak S$24,100.

Menurut polis dalam satu kenyataan pada Rabu malam(9 Feb), pihaknya menerima laporan pada 3 Februari daripada mangsa yang " mendakwa ditipu oleh seorang wanita dalam satu skim pelaburan."

Skim itu melibatkan urusan jual beli beg berjenama yang mana mangsa "difahamkan mereka akan menerima komisen sebanyak 12 peratus."

Mangsa dalam skim itu akan memindahkan wang ke akaun bank yang disediakan wanita tersebut. Namun, setelah wang dipindahkan, mereka dikatakan tidak menerima komisen yang dijanjikan wanita tersebut.

"Mangsa mengesyaki mereka telah ditipu dan membuat laporan polis."

Pegawai polis daripada Divisyen Polis Tanglin berjaya mengenal pasti identiti wanita itu dan menahannya pada Selasa (8 Feb).

“Siasatan awal mendapati wanita itu dipercayai terlibat dalam sekurang-kurangnya tiga kes penipuan pelaburan berjumlah S$24,100,” menurut polis.

Wanita itu akan didakwa pada Khamis (10 Feb) atas tuduhan menipu, mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Kesalahan itu membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah sedemikian boleh menghubungi talian hotline polis di 1800-255-0000, atau menyerahkan maklumat dalam talian di www.police.gov.sg/iwitness.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan