Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wanita 48 tahun maut selepas ditemui terbujur di kawasan hutan Upper Bukit Timah Road

Wanita 48 tahun itu ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di hospital.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Seorang wanita berusia 48 tahun meninggal dunia selepas pihak berkuasa menemuinya terbujur di kawasan hutan Upper Bukit Timah Road.

Menjawab pertanyaan Mediacorp pada Selasa (21 Dis), polis menyatakan pihaknya dimaklumkan mengenai kes kematian luar biasa itu pada 12.42 tengah hari Ahad.

Wanita itu tidak sedarkan diri semasa dibawa ke hospital di mana dia kemudian disahkan meninggal dunia.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan pihaknya membawa wanita itu ke hospital setelah menerima panggilan meminta bantuan di Bukit Timah Hill.

Berdasarkan siasatan awal, polis menyatakan pihaknya tidak mengesyaki sebarang perbuatan khianat. Siasatan masih diteruskan.

Akhbar The Straits Times melaporkan pada Selasa bahawa sebuah bidur konkrit menghempap wanita tersebut dan kejadian itu dilaporkan berlaku di tanah pemerintah berdekatan Taman Alam Semula Jadi Bukit Batok, bertentangan dengan Bukit Timah Hill.

Sumber : Today/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan