Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wanita 42 tahun akan didakwa lempar kata kesat, ludah pekerja KFC

Seorang wanita 42 tahun akan didakwa di mahkamah kerana melemparkan kata-kata kesat dan meludah ke arah seorang kakitangan cawangan KFC di pusat beli-belah NEX, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Selasa (9 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita 42 tahun akan didakwa lempar kata kesat, ludah pekerja KFC

Petikan dari video kejadian.

Diterbitkan : 10 Jun 2020 08:54AM Dikemas Kini : 10 Jun 2020 09:00AM

SINGAPURA: Seorang wanita 42 tahun akan didakwa di mahkamah kerana melemparkan kata-kata kesat dan meludah ke arah seorang kakitangan cawangan KFC di pusat beli-belah NEX, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Selasa (9 Jun).

Dia akan didakwa pada Rabu (10 Jun) atas kesalahan menimbulkan gangguan dengan sengaja, menggunakan kekerasan dan melanggar peraturan jarak selamat COVID-19, menurut polis dalam satu kenyataan media.

Pada 22 April, polis bertindak balas terhadap satu kejadian di cawangan KFC berkenaan. Di tempat itu, "seorang wanita didakwa menanggalkan pelitupnya dan melontarkan kata kesat dan meludah ke arah" seorang kakitangan cawangan tersebut.

Para pegawai daripada Divisyen Polis Ang Mo Kio mengenal pasti identiti wanita itu melalui siasatan dan memberkasnya pada 24 April.

"Polis memandang serius akan tingkah laku penganiayaan dan tidak bertanggungjawab sedemikian, tertutama sekali di tengah-tengah situasi COVID-19 sekarang ini," menurut SPF.

Polis turut menggesa orang awam supaya mengamalkan tanggungjawab sosial, kebersihan diri dan "bertimbang rasa terhadap orang lain, terutama sekali kakitangan perkhidmatan yang terus berkhidmat kepada orang awam sedaya mungkin semasa tempoh yang sukar ini."

Jika didapati bersalah menyebabkan gangguan dengan sengaja, seseorang itu boleh dijatuhi hukuman penjara hingga enam bulan atau denda hingga S$5,000, atau kedua-duanya sekali.

Atas kesalahan menggunakan kekerasan, seseorang itu boleh dikenakan hukuman penjara hingga tiga bulan atau denda hingga S$1,500 atau kedua-duanya sekali.

Kesalahan melanggar perintah kawalan COVID-19 juga membawa hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda hingga $10,000 atau kedua-duanya sekali

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan