Skip to main content

Singapura

Wanita 38 tahun maut ditimpa pokok di Marsiling Park

Seorang wanita berusia 38 tahun maut pada Khamis (18 Feb) setelah ditimpa sebatang pokok yang tumbang di Marsiling Park di Woodlands.

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita 38 tahun maut ditimpa pokok di Marsiling Park

Wanita 38 tahun maut ditimpa pokok di Marsiling Park. (Gambar: Google Maps)

Diterbitkan : 18 Feb 2021 01:11PM Dikemas Kini : 19 Feb 2021 11:13PM

SINGAPURA: Seorang wanita berusia 38 tahun maut pada Khamis (18 Feb) setelah ditimpa sebatang pokok yang tumbang di Marsiling Park di Woodlands.

Menerusi kenyataannya, polis menyatakan ia dimaklumkan mengenai insiden seorang wanita yang terperangkap di bawah pokok yang tumbang di taman itu pada pukul 8.15 pagi.

Para pegawai polis kemudian menjumpai wanita itu dalam keadaan tidak bergerak.

Wanita itu disahkan mati di taman itu oleh seorang paramedik Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

SCDF, yang juga dimaklumkan mengenai insiden itu pada pukul 8.15 pagi, menyatakan ia menggunakan alat memotong pokok untuk mengeluarkan wanita itu daripada bawah pokok tersebut.

Polis sedang menyiasat insiden kematian luar biasa itu.

Wanita yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai Loke Xiao Li, seorang kakitangan Mediacorp.

Mediacorp dalam menzahirkan takziah menyatakan:

"Kami berasa amat sedih atas pemergian rakan kerja kami, Loke Xiao Li, Dag. Kami telah menghubungi keluarganya untuk menyampaikan takziah dan sokongan.

"Beliau merupakan seorang penyelaras teknikal kanan di studio CNA dan bekerja dengan Mediacorp selama hampir enam tahun. Beliau seorang yang dihormati ramai rakan pasukan dan kerjanyaya. Kami juga sedang menghulurkan sokongan kepada kakitangan kami yang terjejas dengan kehilangan tragik ini," menurut Mediacorp.

Sumber : Today/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita